• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Utusan Malaysia

      Haji Dan Persaudaraan Sejagat

      • Dr. Mohd Sani bin Badron
      • 30/06/2022

      PARA penyelidik Kuliah Pengajian Kerajaan John F. Kennedy di Universiti Harvard pernah melakukan kajian “Menilai Impak Haji” yang mendapati haji meningkatkan kesedaran tentang keadilan dan kedamaian dalam kalangan pelbagai kelompok etnik dan aliran Islam.

      Bertentangan dengan kebimbangan masyarakat lain, penyelidikan yang sama menjelaskan bahawa peningkatan perpaduan Islam tidak disertai dengan antipati (kebencian) terhadap golongan non-Muslim. Menariknya, jemaah haji turut menunjukkan peningkatan kesedaran tentang keamanan, kesaksamaan dan keserasian sosial dengan para penganut agama yang lain.

      Penyelidikan tersebut menyebut bahawa “Jemaah Haji adalah 22% lebih mungkin untuk menyatakan bahawa orang yang berlainan agama adalah serupa [dari segi tanggungjawab] dan 11% lebih kebarangkaliannya untuk menyatakan bahawa penganut agama berlainan boleh hidup bersama dalam keadaan harmoni.” Mereka yang menunaikan haji juga hampir dua kali ganda lebih berkemungkinan mengecam secara terbuka kumpulan militan dan pelampau agama.

                  Berdasarkan bukti, kajian yang sama mengesyorkan bahawa peningkatan sikap positif tersebut terhasil daripada pendedahan yang lebih luas melalui interaksi sosial dengan jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia (Clingingsmith, Khwaja dan Kremer, 2008).

      Saban tahun musim haji memaparkan persaudaraan sejagat pelbagai bangsa Islam berangkat menunaikan haji bukanlah pengembaraan ke tempat yang sama sekali asing. Mekah mempunyai pertalian rapat dengan tiap-tiap orang Islam atas sekurang-kurangnya dua alasan berikut:

      Pertama, di Mekah terdapat Baitullah, bangunan purba pertama yang didirikan semata-mata untuk manusia berabdi kepada Tuhan yang Maha Esa (Ali ‘Imran, 3:96). ‘Rumah ibadat terawal dan tertua’, kerana ia didirikan oleh bapa manusia Nabi Adam AS, dan kemudian dipulihkan pula oleh Nabi Ibrahim AS.

      Kedua, Mekah ialah Ummul Qura atau “kota agung rohani” bagi setiap Muslim. Sebagai dokumen sejarah yang berusia lebih daripada seribu empat ratus tahun, al-Quran merakamkan sebanyak dua kali tentang fakta Ummul Qura dalam surah al-An‘am, 6:92 dan al-Shura, 42:7.

      Di metropolis yang dilimpahi dengan kemuliaan rohaniah inilah jutaan jemaah haji dari pelbagai benua dan negara bersama-sama melaksanakan sehimpunan amalan penuh bersemangat yang dipupuk oleh Nabi Muhammad SAW.

      Dari bangsa Arab, Parsi, Mesir, Berber dan Turki, hinggalah kepada bangsa Eropah, Afrika, Indo-Pakistan, Kaukasia, China dan Alam Melayu semuanya mudah diterima sebagai saudara berasaskan nilai rohaniah.

      Malcolm X, pemimpin Muslim kulit hitam Amerika, pernah merekodkan pengalaman hajinya pada tahun 1960-an: “Terdapat puluhan ribu jemaah haji yang datang dari seluruh rantau dunia. Mereka terdiri daripada pelbagai warna kulit—daripada yang berambut perang bermata biru hinggalah kepada yang berkulit gelap kaum Afrika. Tetapi kami semua sama-sama mengambil bahagian dalam upacara ibadat yang satu, mempamerkan semangat perpaduan dan persaudaraan yang berdasarkan pengalaman saya di Amerika tidak mungkin wujud antara kaum kulit putih dengan kaum yang bukan berkulit putih…”

      Ibadah Haji amat meniupkan keinsafan, menerusi pengalaman langsung bahawa umat Islam sebenarnya adik-beradik dalam keluarga sejagat, yang tanpa terkecuali wajib dilayan dengan adil bagi memenuhi Perjanjian Asali mereka dengan Tuhan yang Maha Esa (al-A‘raf, 7: 172).

      Memetik pidato Rasulullah SAW yang sangat terangkum semasa haji perpisahannya: “Wahai manusia! Penciptamu adalah Satu, dan nenek moyangmu juga satu. Kamu semua daripada Adam, dan Adam diciptakan daripada tanah!”

                  “Yang termulia antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Dan tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang bukan Arab, bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, atau orang berkulit hitam atas orang berkulit merah, jika bukan dengan ketakwaan.”

                  Ibadat Haji harus menyedarkan umat Islam masa kini bahawa tidak bijak untuk taksub kepada perbezaan tanah air, warna kulit, kewarganegaraan, pangkat, kuasa, parti politik, status sosial, jantina dan budaya tempatan.

                  Umat ​​Islam wajiblah menjauhi kemelut perkauman sempit. Nabi Muhammad SAW pernah menasihati para Sahabat, “Manusia hanyalah seorang mukmin yang bertakwa kepada Tuhan ataupun seorang pendosa yang malang. Semua manusia adalah anak Adam, dan Adam diciptakan daripada tanah” (riwayat Ahmad, Tirmidhi dan Abu Dawud).

                  Perpaduan Islam diterjemahkan dengan jelas dalam sistem sosial melalui pengharaman mutlak pembunuhan tanpa hak, jenayah perang, penindasan, kezaliman, keganasan, dan fitnah, seperti penegasan Rasulullah SAW dalam pidato inklusif yang disebutkan tadi: “Wahai Manusia! Nyawamu, hartamu dan kehormatanmu adalah kudus hingga Hari Kebangkitan….Wahai Manusia! Sesungguhnya orang-orang mukmin itu semuanya bersaudara, dan harta seseorang tidak halal bagi seorang yang lain jika tidak dengan kerelaannya…. Dan awaslah jangan kamu terpesong selepas mengikutiku, bunuh membunuh antara satu sama lain.”

      Perpaduan di kalangan umat Islam memerlukan satu kiblat hati dan akal. Jika bangsa-bangsa Islam bercita-cita untuk meraih perpaduan sosio-politik yang bersifat luaran, perpaduan dalaman pemikiran adalah amat penting.

      Sesungguhnya, rahsia haji sebagaimana yang digambarkan oleh Imam Ghazali ialah “kesepakatan tujuan dan niat yang tinggi, dan kekuatan yang diperoleh dari dekatnya dengan orang-orang yang berwibawa yang dihimpunkan dari seluruh penjuru dunia.”

                  Semasa zaman Khalifah ‘Umar al-Khattab, persepakatan luhur ini diterjemahkan dengan berkesan dalam langkah-langkah pentadbiran negara Islam. Sewaktu perhimpunan tahunan haji yang disertai oleh orang-orang yang memiliki wibawa rohaniah dan akliah, pemimpin negara menganjurkan sesi aduan rakyat terhadap gabenor dan panglima tenteranya, serta mengadakan sesi rundingan dengan masyarakat awam tentang projek-projek penting dunia Islam pada waktu tersebut. Di samping itu, kongres sastera, acara sukan yang sesuai dengan ketenteraan, muamalat dan urus niaga perdagangan antarabangsa juga dianjurkan dalam musim haji tahunan (Hamidullah, 1957).

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter