• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Cabaran Teknologi ChatGPT kepada Sekolah dan Universiti

      • Dr. Mohd Sani bin Badron
      • 25/01/2023

      Dalam mengharung kepayahan menyempurnakan tugasan, pelajar sekolah dan universiti tentu suka sekiranya ada satu mesin yang boleh menyiapkan kerja rumah untuk mereka, cukup dengan menekan butang tertentu.

      Beberapa belas tahun lepas, itu mungkin hanya fantasi remaja dan kanak-kanak, tetapi kini teknologi tersebut sudah wujud dan sampai ke hujung jari, dengan nama ChatGPT. Hanya lima hari setelah dilancarkan pada 30 November 2022, lebih sejuta pelanggan telah memberikan sambutan hangat menggunakan perisian tersebut. Sekadar perbandingan, untuk meraih sejuta pengguna Facebook memerlukan masa sepuluh bulan, sementara Instagram pula lima bulan.

                  ChatGPT ialah program perisian komputer berasaskan-laman sesawang yang masih percuma. Asalnya, ia dibangunkan mulai 2018 oleh satu badan bukan berasaskan keuntungan, OpenAI, dengan dokongan bilioner Elon Musk. Sekarang, sebahagian syarikat tersebut dimiliki oleh Microsoft dan perisiannya sudah mula dikomersialkan. Contohnya, aplikasi dalam Apple App Store mengenakan bayaran sekitar 50 sen ke RM 5.00 sehari, tertakluk kepada pakej langganan. Sekejap sahaja lagi dijangka akan ada perisian yang serupa atau copycats.

      ChatGPT boleh menyahut sebarang pertanyaan atau arahan, yang jawabannya dijana dalam bentuk teks dan karangan. Ia boleh digunakan dalam pelbagai bahasa, termasuk Melayu dan Indonesia.

                  Misalnya, apabila saya menaip prompt “apakah IKIMfm,” ChatGPT menjawab dengan spontan dalam 70-perkataan: “IKIMfm adalah sebuah radio yang dimiliki oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sebuah institut penyelidikan dan pendidikan yang berfokus pada agama Islam. IKIMfm didirikan pada tahun 1995 dengan tujuan untuk menyampaikan informasi dan ilmu pengetahuan tentang Islam kepada masyarakat Malaysia. Radio ini menyiarkan berbagai jenis program, seperti ceramah agama, tausiyah, muzik religi, dan lain-lain. Selain itu, IKIMfm juga menyiarkan berita terkini dan informasi lainnya yang berkaitan dengan Islam dan kebudayaan Malaysia.”

                  Perhatikan bagaimana ChatGPT berupaya memaparkan tahun penubuhan IKIMfm dan menggunakan istilah ‘tausiyah’! Demikianlah juga apabila saya bertanya tentang perbezaan antara kebebasan bersuara dengan fitnah, ChatGPT menjawab dengan memetik Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

      Pelbagai ulasan daripada ramai profesor dan tokoh tersohor mengakui bahawa kualiti karangan ChatGPT dalam banyak bidang agak hebat, menarik lagi mengagumkan—setara dengan karangan yang jelas, lengkap dan tepat.

                  ChatGPT juga mampu menjawab dan mengarang apa masakan yang boleh dihasilkan dengan bahan mentah dan ramuan yang kita senaraikan. Kita juga boleh mengarahkan ChatGPT mengarang teks ucapan atau pidato.

      Yang menariknya, teknologi ini boleh memberikan jawaban yang agak khusus dengan arahan tertentu. Contohnya, kita boleh mengarahkan ia menulis lirik lagu yang mengecam rasuah dalam gaya lagu Siti Nurhaliza, atau Jamal Abdillah, atau P. Ramlee, atau gaya bahasa Amir Hamzah atau Hamzah Fansuri; maka ia akan menjana lirik mirip gaya lagu tadi masing-masingnya.

      ChatGPT boleh menulis tweet, jenaka, karangan berbentuk dialog, iklan, pesanan teks (text messages), ulasan tentang restoran, kod program komputer, nasihat profesional dan pelbagai lagi.

      Setiap kali penggunanya menekan butang kiriman (submit button), perisian tersebut akan belajar menganalisa keseluruhan maklumat yang terdapat dalam internet dan menjana satu jawaban yang tersendiri hingga menyebabkan tidak ada dua jawaban yang sama. Oleh kerana setiap hasil jawabannya asli, maka ia sukar dikesan oleh perisian anti-ciplak.

      Adalah diakui bahawa masih banyak kelemahan teknologi ini. Umpamanya, ia belum mampu mengarang karya yang canggih, seperti novel, cereka, dan makalah ilmiah kesarjanaan yang memetik sumber rujukan secara penuh dan jitu. Harus diingat bahawa teknologi memecut dengan pantasnya, dan kelemahan hari ini dijangka dapat diatasi dalam tempoh setahun.

      Perisian yang amat bagus, pantas dan sangat murah ini akan menyusup ke sekolah dan universiti dan sampai ke tangan para pelajar yang ingin mengelak daripada membuat kerja rumah dan karangan. Tempoh pembelajaran di universiti banyak dihabiskan untuk menghasilkan esei, latihan ilmiah, tesis dan disertasi. Tetapi bayangkan, kalau seseorang itu mampu untuk menjana penulisan yang bermutu dengan menggunakan sistem AI (Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan), timbul pertanyaan apa gunanya menghabiskan masa di institusi pengajian selama empat tahun dan membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan sekeping ijazah?

      Walaupun teknologi ini membolehkan para pelajar memiliki masa yang lebih untuk kegiatan yang lain, ramai pengkaji khuatir mereka akan dewasa menjadi seorang yang kurang mahir untuk mengungkapkan fikiran dan perasaan sendiri serta kurang berkesan dalam komunikasi sesama insan.

      Pada 4 Januari 2023, Jabatan Pelajaran New York telah mengehadkan capaian ChatGPT daripada internet dan peranti di sekolah-sekolah awam demi menghindarkan plagiarisme dan kesan negatif terhadap pendidikan. Pada 10 Januari 2023 pula, akhbar The Guardian melaporkan universiti-universiti di Australia terpaksa mengubah kaedah peperiksaan dan penilaian siswanya, termasuk lebih banyak secara ujian bertulisan tangan yang menggunakan pen dan kertas — bukan komputer.    

      Tetapi sebenarnya lebih jauh daripada itu, pada masa hadapan, pekerjaan yang melibatkan penulisan akan semakin berkurangan. Dengan teknologi terbaharu ini, orientasi penulisan adalah ke arah yang robotik sifatnya. Persis pengamatan Dr Jeffrey Schatten dalam rencananya di The Chronicle of Higher Education, pengurusan input and output—atau arahan dan penghasilan GPT (Generative Pre-trained Transformer) itu—saban waktu semakin automatik dan makin kurang memerlukan pekerja manusia.

      Pemenang Anugerah Nobel, Profesor Paul Krugman dalam rencana berjudul “Does ChatGPT Mean Robots Are Coming For the Skilled Jobs?” yang disiarkan oleh The New York Times meramalkan bahawa kerja-kerja yang melibatkan penghuraian maklumat (data analysis), penulisan penyelidikan dan laporan (research and report writing) akan amat terkesan dengan teknologi terbaharu ini.

      Kesimpulannya, kemajuan tak berkesudahan perisian canggih sentiasa menimbulkan cabaran dan peluang, sama ada kebaikan mahupun keburukan. Maka itu institusi-institusi pemikiran, sosio-politik, pendidikan dan kesenian kita perlulah sentiasa bersiaga dan mencermati isu dan kemelut teknologi yang bakal mendepani masyarakat.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2022 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter