PEGAWAI TADBIR GRED N41 (KONTRAK)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:
UNIT PENTADBIRAN DAN PEROLEHAN
1.1 | (a) | Jawatan : | Pegawai Tadbir Gred N41 (1 Kekosongan) |
(b) | Kumpulan : | Pengurusan & Profesional | |
(c) | Taraf Jawatan : | Kontrak selama tempoh satu (1) tahun. | |
1.2 | Tawaran Gaji : | RM 3,588.00 | |
1.4 | Syarat Lantikan : | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup ikan jawatan; (c) Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang perniagaan/ perakaunan/pengurusan pejabat/ yang bersesuaian yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya (d) Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam urusan Perolehan (terutamanya Perolehan Kerajaan) dan Pengurusan Kenderaan & Pemandu jabatan; |
|
1.5 | Antara Bidang Tugas : | PENTADBIRAN UNIT
1. Membantu Ketua UPEN dalam memastikan urusan pentadbiran dan perolehan berjalan dengan lancar. a. Mengurus pentadbiran UPEN b. Mengurus Perolehan Runcit 2. Menggantikan Ketua UPEN semasa ketiadaannya, apabila diperlukan. PENGURUSAN ASET & INVENTORI 3. Membantu mengurus harta modal IKIM: a. Memantau penyelenggaraan Daftar Harta Modal IKIM. b. Memastikan “Asset tagging” dibuat. c. Membuat pemeriksaan Harta Modal setahun sekali. d. Mengurus pelupusan Harta Modal. 4. Membantu mengurus inventori termasuk pengurusan stor bekalan dan peralatan pejabat. a. Memantau penyelenggaraan Daftar Inventori. b. Memastikan inventori disimpan dengan selamat. c. Memastikan bekalan stor adalah mencukupi. d. Membuat pemeriksaan inventori setahun sekali. e. Memantau tindakan susulan terhadap pemerhatian verfikasi stor. f. Memantau penyelenggaraan pejabat (sewaan) dilaksanakan mengikut jadual. g. Memantau aduan kerosakan online. 5. Membantu mengurus kenderaan Jabatan dan Jadual Pemandu. a. Memantau penyelenggaraan kenderaan dibuat mengikut tempoh masa. b. Membuat pemeriksaan kebersihan kenderaan dan bekalan peralatan kenderaan. c. Membuat penilaian prestasi penjagaan kenderaan (prestasi pemandu). d. Membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan kenderaan berada di premis IKIM. e. Membantu memsatikan jadual pemandu diurus dengan baik. f. Memantau pembaharuan insurans dan cukai jalan kenderaan dapat dilaksanakan sebelum tamat tempoh. g. Membantu mengurus kerosakan/ kemalangan/ kehilangan kenderaan. PERUNDANGAN 6. Menguruskan Duti Setem dan semakan peguam bagi dokumen kontrak IKIM. 7. Menguruskan pelantikan panel peguam bagi perundingan isu/kes perundangan. KEANGGOTAAN JAWATANKUASA 8. Setiausaha Jawatankuasa Pelupusan, Kehilangan dan Hapuskira Aset. |
|
1.6 | Cara Permohonan : | Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 KUALA LUMPUR (u.p.: Unit Pentadbiran & Perolehan) Tel: 03-62046372 atau e-mel kepada: [email protected] sebelum atau selewat-lewatnya pada 2 Ogos 2024. Kesemua dokumen hendaklah disahkan. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |