EDITOR GRED N41 (TETAP)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:
EDITOR GRED N41 (TETAP)
1.1 | (a) Jawatan : | Editor gred N41 (1 kekosongan) |
(b) Kumpulan : | Pengurusan dan Profesional | |
(c) Taraf Jawatan : | Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | |
1.2 | Gaji Pokok : | Gaji Minimum : RM2,688.00 Gaji Maksimum : RM9,932.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 |
1.3 | (a) Elaun
(i) Khas : RM300.00 |
|
1.4 | Syarat Lantikan : | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang dengan kepujian yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; (Gaji Permulaan ialah pada Gred N41:RM2,688.00) (c) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (d) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan; dan (e) Penguasaan Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu yang baik akan diberi keutamaan. |
||
1.5
|
Bidang Tugas :
|
(a) Merancang skop dan butiran kerja dengan Ketua Unit;
(b) Bertanggungjawab untuk menterjemah penulisan/ naskhah /terbitan IKIM Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab; (c) Bertanggungjawab untuk menyunting penulisan makalah akhbar/penerbitan naskhah lain-lain dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab; (d) Bertanggungjawab untuk menterjemah isi kandungan Laman Web Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab; (e) Membantu Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Unit Perhubungan Korporat dan lain-lain menyediakan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab; (f) Membuat transkripsi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab; (g) Membantu penyaringan format manuskrip Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dalam proses penerbitan; (h) Membuat semakan pruf Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab; (i) Meneliti dan memastikan bahawa susunan dan kualiti bahasa bagi bahan-bahan untuk dicetak atau disiarkan adalah baik, teratur dan mematuhi format yang dikehendaki; (j) Melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang baku dalam penulisan IKIM; (k) Memastikan bahan-bahan penerbitan dan siaran yang dihasilkan oleh IKIM mencapai mutu yang tinggi dan tidak mengandungi kelemahan dan kesalahan yang biasa atau yang boleh menimbulkan masalah kepada pihak IKIM; (l) Memastikan bahan penerbitan IKIM tidak melanggar Akta Hasutan dan Undang-undang Negara; (m) Memberikan pandangan dan cadangan untuk menghasilkan penerbitan-penerbitan yang bermutu dan menarik; (n) Menyediakan indeks bagi buku-buku terbitan IKIM sekiranya diarahkan; (o) Menyimpan, membaca dan menilai tiap-tiap buku/manuskrip/bahan yang diterbitkan, dan membuat catatan atau laporan tentang isi kandungan terbitan tersebut; (p) Berhubung dengan Penerbit IKIM atau unit-unit lain dalam membuat pindaan dan pembetulan yang diperlukan, termasuk sesi terjemahan dan penyuntingan bahasa; (q) Membantu mengenalpasti kursus-kursus dan latihan penyuntingan dan penterjemahan bahasa yang berkesan; dan (r) Bertanggungjawab kepada senarai tugas yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah IKIM dan Pengurusan IKIM. (s) Merancang, membina modul kursus dan latihan editorial, dan melaksana skop dan butiran kerja modul kursus dan latihan editorial |
1.6
|
Cara dan Syarat Pemohonan :
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tel: 03-62046372/6375 (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 September 2024 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 | Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |