Pegawai Tadbir Bahagian Wakaf IKIM Gred N41 (TETAP)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:
PEGAWAI TADBIR BAHAGIAN WAKAF IKIM GRED N41 (TETAP)
1.1 | (a) Jawatan : | Pegawai Tadbir Bahagian Wakaf IKIM Gred N41 (1 kekosongan) |
(b) Kumpulan : | Pengurusan dan Profesional | |
(c) Taraf Jawatan : | Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) |
|
1.2 | Gaji Pokok : | Gaji Minimum : RM2,688.00 Gaji Maksimum : RM9,932.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 |
1.3 | (a) Elaun | |
(i) Khas: | RM300.00 | |
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): | RM300.00 | |
(iii) Bantuan Sara Hidup: | RM300.00 | |
1.4
|
Syarat Lantikan :
|
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji Permulaan ialah pada Gred N41: RM2,688.00) (c) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (d) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan; dan (e) Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang wakaf serta boleh menguasai Bahasa Inggeris/Bahasa Arabp dengan baik. |
1.5
|
Bidang Tugas :
|
a) Merancang skop dan butiran kerja dengan Pengarah dan membantu Pengarah Bahagian Wakaf IKIM merancang secara komprehensif dan efektif pelan pemasaran;
b) Bertanggungjawab membuat dan merancang pelan strategik untuk mempromosi wakaf IKIM di media arus perdana dan Media Sosial IKIM; c) Merancang secara komprehensif dan mengatur segala kaedah untuk menambah sumber dana wakaf IKIM dari semasa ke semasa; d) Mendapatkan pelanggan yang berpotensi dari sektor awam dan swasta yang merangkumi: i) Jabatan Kerajaan e) Menyusun strategi dan menyediakan Kertas Cadangan Pemasaran dan Promosi (Proposal) kepada pelanggan-pelanggan IKIM; f) Mempromosikan serta sentiasa memberikan kesedaran mengenai kepentingan wakaf dengan kerjasama dari Bahagian TVIKIM dan Radio. g) Membantu berkaitan hal-ehwal pentadbiran pejabat (memo dalaman) yang berkaitan dengan program dan aktiviti Wakaf IKIM, membantu pengendalian program berkaitan wakaf dan menyediakan laporan berkaitan hal-ehwal Wakaf. h) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa |
1.6
|
Cara Permohonan :
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2024 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 | Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |