PEGAWAI PENYELIDIK GRED DQ44 & DQ41 (TETAP)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:
PEGAWAI PENYELIDIK GRED DQ44 & DQ41 (TETAP)
1.1 | (a) Jawatan | Pegawai Penyelidik gred DQ41 dan DQ44 (2 kekosongan) |
(b) Kumpulan | Pengurusan dan Profesional | |
(c) Taraf Jawatan | Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) |
|
(d) Penempatan | Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (Pusat EMAS) | |
1.2 | Gaji Pokok | Pegawai Penyelidik DQ41
Gaji Minimum : RM2,688.00 |
Pegawai Penyelidik DQ44
Gaji Minimum : RM3,938.00 |
||
1.3 | (a) Elaun | |
i) Khas | RM300.00/RM400.00 | |
ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) | RM300.00/RM400.00 | |
iii) Bantuan Sara Hidup | RM300.00 | |
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun untuk DQ41 dan tidak kurang daripada 28 tahun untuk DQ44 (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam dan Keusahawanan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada tiga (3) tahun; atau Ijazah Sarjana dalam bidang Wanita dan Keluarga yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada tiga (3) tahun; atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan. |
||
1.5
|
Bidang Tugas
|
Membantu Pengarah Pusat dan pegawai-pegawai yang lebih kanan dalam menjalankan sesuatu tugasan apabila diminta berbuat demikian di antaranya melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
Merancang dan merangka penyelidikan; Menentukan golongan sasar dan ‘sampling’; Merangka teknik-teknik pengumpulan data seperti menggunakan ‘questionnaire’; Mengumpul data dan memasukkan data ke dalam komputer; dan Menganalisis data, menulis dan melapor kajian. Menelaah buku-buku dan pelbagai sumber rujukan untuk menghasilkan ‘literature review’ bagi kertas konsep dan bentuk penulisan yang lain. Mencadangkan projek penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pusat. Melaksanakan projek penyelidikan yang telah ditentukan dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan. Menyiapkan kertas seminar atau kertas yang berkenaan dengannya dalam tema dan bidang yang tertentu. Menyelaraskan seminar/forum/syarahan umum dan aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan projek dan program yang sedang dijalankan. Mengumpulkan kertas kerja daripada seminar/program di atas untuk diselaraskan sebagai asas penerbitan buku IKIM. Menjalankan kerja penyuntingan buku/majalah/jurnal terbitan IKIM dalam bidang pengkhususan tertentu. Kerja penyuntingan ini hanya melibatkan kesahihan fakta sahaja. Membentangkan kertas kerja/menyampaikan ceramah/penampilan media anjuran IKIM atau organisasi luar. Menulis artikel untuk akhbar dalam bidang tertentu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. Menjadi salah seorang pembentang dalam seminar yang diselaraskan sekiranya ia sesuai dengan bidang/kepakaran masing-masing, tertakluk pada kelulusan pengurusan tertinggi. Membuat pengisian di IKIMfm dalam slot-slot tertentu. Tugas- tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara dan Syarat Pemohonan
|
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2024 jam 4.30 petang. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 | Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |