Penerbit Rancangan Radio Gred B41
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).
1.1 | (a) Jawatan | Penerbit Rancangan Radio Gred B41 (1 Kekosongan) |
(b) Kumpulan | Pengurusan & Profesional | |
(c) Taraf Jawatan | Tetap(Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | |
1.2
|
Jadual Gaji
|
Gaji Minimum : RM2,688.00 Gaji Maksimum : RM9,932.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman. Kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan tahap prestasi yang ditetapkan) |
1.3 | (a) Elaun | |
(i) Khas : (ii) Perumahan : (iii) Bantuan Sara Hidup : (iv) Elaun Kritikal : |
RM300.00 RM300.00 RM350.00 5% daripada gaji pokok |
|
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang Sebaran Am/ Komunikasi Massa/ Pengajian Media/ Penyiaran yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya (d) Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (e) Mempunyai dua (2) tahun pengalaman dalam bidang berkenaan; dan (f) Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan. |
||
1.5
|
Antara Bidang Tugas
|
(a) Menjalankan tugas sebagai Penyampai (On-Air) mengikut jadual yang ditetapkan;
(b) Bertugas menyediakan Show Prep untuk segmen yang ditugaskan; (c) Mengemaskini status Media Sosial IKIMfm dengan maklumat rancangan yang akan bersiaran semasa ditugaskan sebagai penyampai seperti dijadualkan; (d) Melaksanakan tugasan mengendalikan sesi temubual secara langsung atau rakaman; (e) Bersiaran bersama tetamu undangan bagi rancangan mengikut jadual dan sesi temubual bersama penaja dalam slot tajaan; (f) Menyediakan kandungan rancangan bermula dengan kertas cadangan, cadangan tetamu jemputan dan tajuk rancangan; (g) Menjalankan tugas menerbitkan kapsul seperti yang diarahkan; (h) Melaksanakan tugasan menerbitkan penerbitan rancangan khas seperti diarahkan; (i) Menjalankan tugas sebagai pengulas rancangan siaran langsung luar seperti diarahkan; (j) Membantu pelaksanaan program siaran/ lintas langsung di lokasi; (k) Membantu pelaksanaan promosi di media sosial; dan (l) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara Permohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2024 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.