Budaya Selesa : Pemusnah Kegemilangan Bangsa

  • Cik Wan Roslili Bt. Abd. Majid
  • 01/01/1996
Setelah hampir 40 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia kini sudah mampu mengorak langkah gagah dan berdiri megah. Satu pencapaian yang cukup membanggakan! Tempoh waktu tersebut sesungguhnya telah mengajar kita banyak perkara. Malahan ia juga telah berjaya mematangkan negara kerana sekiranya tempoh tersebut dinisbahkan pada usia seseorang individu, ia sudah cukup untuk menyempurnakan pertumbuhan peribadi dan kematangannya...