Menatapi secebis kisah Iqbal Masih, pejuang anti-perburuhan kanak-kanak yang berusia 12 tahun, meninggalkan kesan yang amat mendalam. Dalam usia yang sedemikian muda, beliau memperjuangkan sesuatu yang amat besar. Persoalan kanak-kanak dan perlindungan yang boleh diberikan oleh undang-undang bukan sebarang tema perjuangan.
Pakistan, sebuah negara yang terkenal sebagai antara pengamal undangundang lslam, ternyata tidak mampu untuk menangani masalah sosial yang melanda. Ketiadaan jaminan mendapatkan pendidikan formal yang sangat diperlukan oleh semua kanak-kanak, merupakan bukti yang sangat jelas bahawa kanak-kanak masih tidak terjamin hak dan perlindungan dirinya di negara sendiri seperti di Pakistan.
Cuba kita merujuk pula kes pembunuhan kanak-kanak di San Salvador, El Savador tidak lama dahulu. Seramai 60 orang kanak-kanak ditembak mati oleh lima orang lelaki bersenjata yang tidak dikenali. Manakala 300,000 orang kanak-kanak pula di negara tersebut yang hidup di jalanan, terpaksa menyara hidup sendiri dengan menjual biskut dan berus gigi.
Begitu juga dengan 100 juta kanak-kanak di beberapa negara Asia yang diperhamba dan disiksa oleh golongan dewasa. Mereka dibakar, dicop dengan besi panas seperti binatang, dibiarkan kebuluran, dipukul dan dirantai. Manakala kanakkanak perempuan pula diperkosa dan dikunci di dalam almari sepanjang hari.
Keadaan hidup kanak-kanak yang penuh dengan penderitaan ini tidak banyak bezanya dengan layanan yang diterima oleh kanak-kanak Yahudi pada zaman pemerintahan Adolf Hitler di Jerman. Mereka yang termasuk dalam kumpulan masyarakat yang dianggap oleh kerajaan sebagai golongan yang tidak berguna, selain orang cacat dan orang tua Yahudi, disiksa dengan pelbagai cara dan yang paling kejam, dibakar hidup-hidup.
Di sesetengah negara seperti India, terdapat ibu bapa yang menjual anakanak sendiri semata-mata kerana tekanan kemiskinan yang mendesak mereka melakukan apa sahaja untuk menambahkan pendapatan keluarga. Mereka sanggup menjual anak sekecil empat tahun kepada pengusaha kilang permaidani. Kanakkanak malang ini bukan sahaja dipaksa bekerja malahan kaki mereka diikat pada mesin tenunan semata-mata bagi mengelakkan mereka melarikan diri.
Menurut laporan akhbar Berita Minggu (24 Disember 1995), jumlah seramai 100 juta kanak-kanak itu dipaksa bekerja di kilang pengeluar barangan yang dipasarkan di negara Barat.
Barangan tersebut termasuklah komponen kereta, peralatan, barangkemas, pakaian, barangan kaca, permaidani, barang permainan, makanan, bunga api, bahan kimia dan lampu.
Tempoh bekerja bagi kanak-kanak tersebut juga jelas mendera dan menyiksa mereka. Ia bermula pada jam enam pagi dan hanya berakhir lewat malam. Sekiranya pula barangan yang ditempah oleh pelanggan perlu disiapkan dengan segera, mereka akan dipaksa berjaga tanpa dapat melelapkan mata walau sedetik sehingga barangan tersebut benar-benar telah siap.
Sebuah dokumentari yang ditayangkan di televisyen suatu ketika dahulu, menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, dipaksa bekerja oleh majikannya walaupun ia benar-benar tidak sihat untuk menyiapkan permaidani yang ditempah oleh pelanggan majikannya. Beliau bukan sahaja dipukul dan tidak dibenarkan untuk berehat malahan tidak pula diberikan rawatan bagi menyembuhkan demamnya. Seorang teman dan kakaknya sendiri telah berusaha mebolehkan ia berehat dan seterusnya melarikan diri dari situ.
Semua kes menyayat hati ini tidak termasuk apa yang berlaku ke atas kanakkanak di Brazil yang menjadi pelacur, kanak-kanak di Guatemala yang saban hari mengheret karung berisi barangan terbuang untuk mencari sesuap makanan hanya jika ia dapat me~bawa hasil dan kanak-kanak di India yang bekerja di kilang batubatan.
Laporan yang dibuat oleh Persatuan Anti Perhambaan turut mengesahkan keadaan ini. Laporan tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak dari Nepal, Bangladesh, Pakistan, India, Indonesia, China, Thailand, Filipina dan Sri Lanka menghasilkan barangan pengguna dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.
Kes penderitaan kanak-kanak seumpama ini di seluruh dunia sememangnya tidak pernah berakhir. Iqbal dan perjuangannya mewakili suara hati kanak-kanak sedunia terutama mereka yang terlibat langsung dengan dunia perburuhan. Persoalan yang paling jelas dalam menghayati perjuangan Iqbal ialah mengapa beliau yang sepatutnya berada di sekolah, bersama-sama teman-teman mendapatkan pendidikan yang secukupnya untuk menjadi generasi pemimpin masa hadapan, terpaksa ‘turun padang’. Bersuara dan berjuang untuk mendapatkan haknya dan teman-teman yang lain. Semangatnya jelas tidak sekecil tubuhnya dan inilah kelebihan paling ketara yang dimiliki Iqbal dan dengan semangat inilah beliau menjadi korban keganasan golongan dewasa yang tidak berperikemanusiaan apatah lagi untuk bertindak sebgai pelindung bagi mereka yang lemah seperti kanak-kanak.
Undang-undang, pada dasarnya berfungsi memelihara kestabilan dan ketenteraman negara di samping memberikan hak kepada pemiliknya serta mempertahankan hak tersebut daripada dicabuli. Dalam maksud yang lebih luas, undang-undang berperanan memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat. Melalui undang-undang, pemerintah menguatkuasakan peraturan serta menghukum setiap perbuatan melanggar atau mencabulinya. Setiap warga bergantung pada undang-undang untuk mendapatkan hak serta jaminan hidup yang tenteram terutama kanak-kanak.
Dengan keadaan fizikal yang tidak memungkinkan mereka mempertahankan diri daripada sebarang bentuk keganasan yang cuba dilakukan ke atas diri mereka, kanak-kanak memerlukan perlindungan secara total bukan sahaja daripada undangundang tetapi juga pemerintah yang dapat mengambil inisiatif dengan menguatkuasakan undang-undang tersebut agar mereka tidak menjadi mangsa perhambaan dan penderaan sama ada penderaan fizikal, penderaan seksual mahupun penderaan emosi.
Menyentuh tentang isu penderaan ini, UNICEF sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa yang terlibat secara langsung dengan urusan kebajikan kanak-kanak, turut mengkategorikan kegiatan perburuhan kanak-kanak sebagai salah satu bentuk penderaan. Dalam huraian yang lebih lanjut, ia memberi maksud bahawa apabila hak kanak-kanak dinafikan seperti hak untuk mendapatkan pendidikan dan keselamatan, maka kanak-kanak tersebut sebenarnya telah didera.
Berbalik kepada kisah perjuangan Iqbal Masih, kita akan dapat membuat kesimpulan yang mudah bahawa penderitaan dan ancaman terhadap keselamatan diri kanak-kanak sepertinya tidak mendapat sebarang pertahanan undang-undang. Malahan rakyat atau warga pula yang terpaksa berjuang mendapatkan hak serta mempertahankan keselamatan diri.
Kita sewajarnya sangat bersyukur kerana kanak-kanak di negara ini mendapat perlindungan yang wajar dan nasib mereka sentiasa mendapat perhatian semua pihak. Jika tidak, kerajaan tidak mungkin akan mengambil inisiatif drastik seperti, mewujudkan talian aduan penderaan (Teledera) dan dari semasa ke semasa, mengambil langkah yang lebih berkesan untuk menyedarkan masyarakat khususnya ibu bapa tentang perbuatan mendera yang dianggap tidak berperikemanusiaan.
Walau bagaimanapun, ini tidak pula bermakna bahawa kita boleh berpuas hati dengan keadaan yang ada. Apatah lagi untuk berfikir bahawa ia sudah cukup untuk menjamin kanak-kanak di negara ini pada keseluruhannya telah mendapat hak masing-masing khususnya pendidikan sebagai keperluan menghadapi masa hadapan yang penuh mencabar.
Setelah mencapai kemerdekaan selama lebih 38 tahun, kita sebenarnya masih perlu melakukan banyak perkara seperti memantapkan struktur masyarakat. lni terutamanya dalam membentuk masyarakat yang terus bersatu dan prihatin antara satu sama lain khususnya terhadap golongan yang lemah seperti kanakkanak, orang tua dan wanita.
Kemajuan yang tidak seimbang antara material dengan rohani sebenarnya telah mendorong kepada natijah yang tidak sempurna dan kelihatan mengabaikan banyak perkara utama seperti ketaqwaan dan keimanan yang menjadi asas kemajuan itu sendiri. Oleh sebab itulah kita mendapati masih ada anggota masyarakat yang cenderung untuk bertindak menyalahi undang-undang serta menindas golongan yang lemah semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak mereka. Keadaan ini mungkin menvumbanq kepada kewujudan buruh kanak-kanak seramai 75,000 pada tahun 1993 berbanding 43,000 orang pada tahun 1990. Jumlah ini adalah berdasarkan satu bancian yang dibuat oleh Pasukan Petugas Kebangsaan Mengenai Buruh Kanak-kanak.
Masalah ini, jika ditinjau dari satu sudut, jelas menyalahi Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dan dari sudut yang lain pula ia turut membawa maksud penderaan kerana menafikan hak kanak-kanak khususnya untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Di negara kita, ketiadaan peluang untuk mendapat pendidikan yang sempurna meng kin lebih cenderung kepada masalah kemiskinan yang melanda sesebuah keluarga. Faktor inilah juga yang mendorong anak-anak meninggalkan alam persekolahan lalu melibatkan diri dalam alam pekerjaan dengan niat menambahkan pendapatan kelurga serta meringankan bebanan ibu bapa.
Niat dan usaha murni kanak-kanak ini dianggap tidak lebih daripada pengorbanan yang tidak menjanjikan apa-apa kerana tiada jaminan masa depan yang cerah. Setiap mereka sebenarnya memerlukan pendidikan sebagai perisai utama dalam hidup terutama dalam dekad yang cukup mencabar ini. Kita mungkin tidak pernah lupa mengaitkan kedudukan serta darjat yang dijanjikan oleh Allah S.W.t. tentang orang-orang yang berilmu, ‘ … nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. ‘ (Surah al-Mujadi/ah 58: 11) dan juga satu ayat yang lain, ‘Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ (Surah al-Zumar 39:9)
Namun, dengan ketiadaan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna hanya disebabkan kemiskinan, bolehkah generasi muda terutama kanakkanak menjadi ilmuwan negara seperti yang dimuliakan dalam ayat tersebut?
Dalam hubungan ini, kita perlu merujuk asas pembinaan masyarakat penyayang (caring society). Contoh masyarakat penyayang ini adalah paling tepat jika dirujuk pada masyarakat Madinah yang dibentuk oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan puak, mengamalkan bentuk kehidupan bersama yang sangat jitu. Ini berikutan pembentukan Perlembagaan Madinah oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang mengandungi 47 perkara. Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana setiap perkara menghuraikan dengan ketara keadilan yang mahu dicapai oleh negara lslam tersebut.
Sebagai contoh, dalam Perkara 2 yang berhubung perpaduan. Semua kaum dan puak yang menandatangani perlembagaan itu dianggap sebagai satu umat atau sebuah masyarakat. Peruntukan ini menjadi asas yang kukuh bagi integrasi semua kaum dan puak yang tinggal di Madinah ketika itu. Begitu juga dengan Perkara 2 dan 10 yang memperuntukkan bahawa setiap kaum dan puak hendaklah menyumbang kepada tabung jaminan sosial kaum masing-masing untuk membantu ahlinya yang berada dalam kesusahan. Seterusnya dalam maksud yang sama, Perkara 11 hingga 16 menjelaskan, Perlembagaan Madinah memberi jaminan bahawa tiada seorangpun warga negara yang akan dibiarkan miskin. Setiap warga negara yang berhutang akan dibantu untuk mengatasi beban yang ditanggung Ringkasnya, semua kaum dan puak yang menjadi warga negara akan mendapat bantuan dan pembelaan.
Manakala dalam Perkara 38 pula, diperuntukkan bahawa setiap kaum dan puak mempunyai hak terhadap diri, harta dan kehormatan. Peruntukan dengan jelas mengiktiraf hak golongan yang lemah dan miskin, demikian juga mereka yang tidak memiliki tanah serta tidak ada tempat untuk memelihara ternakan mereka. lni kerana sebelumnya, hak mereka tidak terjamin dan mereka sering ditindas.
Berbalik kepada persoalan dan realiti masyarakat Malaysia hari ini, apa yang perlu dilakukan oleh kita kini ialah bersama-sama berusaha untuk mewujudkan satu suasana keselamatan yang ekslusif terhadap kanak-kanak, tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama. Ini seterusnya didokong oleh sikap bekerjasama membantu mereka memperoleh peluang pendidikan yang sempurna terutama bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga miskin dan tidak berkemampuan. Usaha murni ini diharapkan dapat membantu impian pemerintah untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya tinggi pada tahun 2020. Bagi diri kita sendiri, impian tersebut sekurang-kurangnya diharapkan dapat menggerakkan semangat untuk bantu-membantu sesama kita dan pada tahun tersebut, atau lebih awal dari itu, kita dapat berbangga dengan kewujudan masyarakat yang bersih daripada buta huruf seratus peratus. Semoga kita benar-benar dapat mengambil iktibar daripada keruntuhan beberapa tamadun agung yang diakibatkan oleh kelalaian dan pengabaian usaha membudayakan masyarakat dengan budaya ilmu dan pendidikan yang sememangnya diakui menjadi teras bagi segala bentuk pembangunan.