Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran CD Audio Jawharat Al-Tawhīd & Master Of Love dan Ceramah Perdana 2018 pada 16 Mac bertempat di Dewan Besar IKIM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM; turut serta adalah Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat Media IKIM, Ustaz Muhammad Ayman Al-Akiti dan Shaykh Mohammed Aslam.
Seiring dengan majlis pelancaran tersebut turut diadakan ceramah perdana oleh Ustaz Muhammad Ayman Al-Akiti dengan tajuk “Kepentingan Manhaj Asha’irah di Alam Nusantara” dan Shaykh Mohammed Aslam dengan tajuk “The Prophet Muhammad : Master of Love”.
IKIM melalui IKIMfm akan menerbitkan dua buah audio MP3 iaitu mengandungi syarahan lengkap kitab Jawharatul Tauhid oleh Imam Ibrahim al-Laqqani (w.1041H/ 1631M) dan CD kedua menceritakan tentang keindahan dan sifat-sifat agung Baginda SAW dalam segenap aspek kehidupan yang dikupas berdasarkan kitab Shamail Muhammadiyah.

Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin ketika majlis pelancaran CD Audio Jawharat Al-Tawhid dan Master Of Love

Ustaz Muhammad Ayman al-Akiti

Sheikh Mohammad Aslam