Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
1.1 | (a) Jawatan: Penerbit Rancangan TV Gred B9 (1 kekosongan) | |
(b) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | ||
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | ||
1.2 | Gaji Pokok | Gaji Minimum: RM2,688.00 Gaji Maksimum: RM11,496.00 Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00 |
1.3 | (a) Elaun (i) Imbuhan Tetap Khas: RM300.00 (ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM300.00 (iii) Imbuhan Sara Hidup: RM300.00 (iv) Insentif Perkhidmatan Kritikal: RM165.00 |
|
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain. (Gaji Permulaan ialah pada Gred B9:RM2,688.00) (c) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Animasi, Komunikasi Massa, Multimedia, Pengajian Media, Grafik Komunikasi, Fotografi, Penyiaran, Perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; (Gaji Permulaan ialah pada Gred B9:RM2,688.00) (d) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang Animasi, Komunikasi Massa, Multimedia, Pengajian Media, Grafik Komunikasi, Fotografi, Penyiaran, Perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred B9:RM2,908.00); (e) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (f) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang penyiaran, filem, penerbitan Program TV serta bidang berkaitan. (g) Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman berkaitan sebagai Penerbit Rancangan TV, Penolong Penerbit, Penulis Skrip, Wartawan, Pengarah, Penolong Pengarah dan bidang yang berkaitan. |
||
1.5
|
Bidang Tugas
|
(a) Perancangan dan Pembangunan Rancangan termasuk idea dan konsep, menyediakan proposal bagi kelulusan pihak pengurusan dan menyusun bajet produksi; (b) Pengurusan Produksi termasuk mengurus jadual penggambaran dan menyelaraskan keperluan produksi, melantik dan mengurus pasukan produksi, termasuk pengarah, jurukamera, penyunting, penulis skrip, dan krew lain dan berhubung dengan tetamu, panel, atau pelakon untuk memastikan kelancaran produksi.; (c) Melakukan Penyeliaan Penggambaran dengan memastikan rakaman berjalan mengikut skrip dan konsep yang dirancang, Memantau kualiti visual, audio, dan elemen teknikal lain dan memastikan perjalan produksi lancar. (d) Menyelia penyuntingan video dan audio, menyusun muzik latar, efek khas, serta grafik, dan menyemak versi akhir sebelum siaran (e) Memastikan rancangan mematuhi garis panduan penyiaran serta mengawal mutu kandungan agar sesuai dengan sasaran penonton dan objektif saluran. (f) Merancang strategi promosi, bekerjasama dengan pasukan pemasaran, dan menyelaraskan jadual siaran bagi menarik penonton. (g) Bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan IKIM (Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar) bagi mencetus idea dan sumber untuk penerbitan rancangan tvIKIM; (h) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara dan Syarat Pemohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 Mac 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.