Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:
1.0 | Penolong Eksekutif Gred EP19 | |||
1.1 | (a) Jawatan: | Penolong Eksekutif Gred EP19 | ||
(b) Taraf Jawatan: | Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan. | |||
1.2 | Gaji Pokok: | Gaji Minimum : RM1,488.00
Gaji Maksimum : RM4,230.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 |
||
1.3 | (a) Elaun | |||
(i) Khas | RM115.00 | |||
(ii) Perumahan | RM300.00 | |||
(iii) Bantuan Sara Hidup | RM350.00 | |||
(iv) Komunikasi | RM50.00 | |||
1.4 | Syarat Lantikan: | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun (kecuali bagi kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (c) Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (d) Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang pemasaran dan pentadbiran pejabat serta pengurusan rekod di sektor awam atau swasta tidak kurang daripada 2 tahun; (e) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik serta berpengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran buku; dan (f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, dan kemahiran menggunakan komputer. |
||
1.5 | Bidang Tugas dan tanggungjawab utama: | Penolong Eksekutif adalah bertanggungjawab membantu Pengurus dan Eksekutif Pemasaran dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pemasaran. | ||
2.0 | Cara Permohonan: | (a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Unit Modal Insan sebelum atau selewat-lewatnya pada 5 Januari 2023 melalui pos atau serahan tangan. Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |
||
3.0 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |