Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).
1. UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (UTEK)
1.1 | (a) | Jawatan | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 |
(b) | Kumpulan | Pelaksana | |
(c) | Taraf Jawatan | Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan. | |
1.2
|
Jadual Gaji
|
Minimum RM2,092.00 Maksimum RM5,830.00 Kenaikan gaji tahunan RM145.00(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman) |
|
1.3 | (a) | Elaun | |
(i) Khas: RM160.00 (ii) Perumahan: RM300.00 (iii) Bantuan Sara Hidup: RM350.00 |
|||
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: | |
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup ikan jawatan; (c) Mempunyai sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Prosesan data yang diiktiraf oleh IKIM daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM2,092.00); atau (d) Diploma dalam bidang Sains Komputer/ Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh IKIM pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM2,398.00); (e) Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (f) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun bagi pemegang diploma atau tiga (3) tahun pemegang sijil politeknik dalam bidang berkenaan; (g) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang rangkaian dan pernah mengendalikan peralatan rangkaian seperti Internet Gateway, Network Router, Switches, Wifi Acces Point dan Network Controller; (h) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang keselamatan ICT merangkumi semua aspek termasuk keselamatan rangkaian, kawalan akses, keselamatan aplikasi, keselamatan infrastruktur ICT seperti server dan end point devices serta berpengalaman dalam mengendali dan mengurus peralatan keselamatan seperti Firewall dan Anti Virus; (i) Mempunyai pengetahuan yang baik dalam infrastruktur ICT termasuk infrastruktur sokongan seperti DNS, Web Proxy dan Active Directory bagi kawalan keselamatan ICT IKIM; (j) Mahir dalam pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan laptop serta peralatan sokongan seperti mesin pencetak, CCTV dan network storage; dan (k) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam bidang rangkaian dan keselamatan ICT. |
|||
1.5
|
Antara Bidang Tugas
|
(a) Membantu Pegawai Teknologi Maklumat mengawal selia dan menyelenggara peralatan dan sistem berkaitan akses rangkaian dan keselamatan ICT IKIM.
(b) Menyelia dan memantau pengoperasian perkhidmatan sistem dan rangkaian supaya beroperasi dengan baik dengan minima ‘downtime’. (c) Melaksanakan kerja-kerja baik pulih sistem dan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance). (d) Mengurus, mengawal dan mengemaskini ID dan kata laluan sistem, rangkaian dan pengguna. (e) Memastikan keselamatan ICT terkawal dengan melaksanakan pemantauan dan aktiviti pencegahan kepada sistem dan rangkaian. (f) Melaksanakan pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan laptop pengguna IKIM seperti penyelenggaraan dan baikpulih komputer, pemasangan aplikasi atau perisian, konfigurasi serta pemasangan peralatan sokongan seperti mesin pencetak. (g) Melaksanakan pengurusan inventori dan aset ICT seperti pemantauan dan kemaskini inventori termasuk melaksanakan kerja-kerja pelupusan aset ICT. (h) Membantu pengurusan dan penyelenggaraan bilik server dan bilik rangkaian serta memastikan kawalan keselamatan dilaksana dan dipatuhi. (i) Membantu dalam memastikan capaian rangkaian dan bantuan teknikal peralatan ICT bagi program dan aktiviti IKIM seperti seminar, ceramah & lawatan adalah memuaskan dan baik. |
|
Cara Permohonan:
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tel: 03-62046259 Faks: 03-62014189 sebelum atau selewat-lewatnya pada 2 Januari 2024 sebelum jam 5.00 petang. (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Kesemua dokumen hendaklah disahkan. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |