Antara Ucapan dengan Pegangan
Kalaulah dengan mengucapkan “selamat menyambut deepavali” seseorang itu menjadi Hindu tentulah yang mengucapkan “selamat hari raya” menjadi Muslim! Semudah itukah kata-kata yang dilafazkan menukar hakikat seseorang? Persoalan ini tidak boleh dibicarakan secara semberono atau oleh orang yang bukan ahlinya. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dan mengeruhkan keadaan. Kata-kata yang dilafazkan, seperti juga perbuatan, tertakluk kepada niat…