Debat Politik di Era Digital Bersandarkan Persepsi atau Realiti?
Dalam arena politik Malaysia yang semakin dinamik, tradisi debat terbuka antara seteru politik sering digembar-gemburkan tetapi seringkali dibatalkan di saat-saat akhir dengan berbagai alasan. Sepatutnya debat politik sudah lama dibudayakan sebagai medan menguji sesuatu idea atau dasar. Namun, harus diingatkan, bahawa debat bukan suatu “pertunjukan” kepetahan berkata-kata tetapi sebaliknya untuk mencerah dan mematangkan fikiran rakyat supaya pilihan dapat dibuat dengan bijaksana.

