Nafsu dan Kuasa

Kuasa selalunya dikaitkan dengan kegilaan. Dalam Bahasa Melayu frasa ‘gila kuasa’ digunakan bagi merujuk kepada sikap dan perbuatan keterlaluan yang ditunjukkan oleh pihak yang mahu berkuasa, mengekalkan kuasa yang sedang dimiliki ataupun menambah kuasa yang sedia ada. Kegilaan adalah lawan kepada kewarasan, dan ia menunjukkan betapa bahayanya kuasa itu kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu…