“FOMO” DAN “YOLO” DARI SUDUT PANDANG ISLAM

Dalam dunia masa kini yang gerak nadinya berpusat kepada peningkatan daya kebendaan dan kemasyhuran, manusia saling berlumba-lumba mengejar dan mempamerkan apa yang mereka sudah dan mahu capai. Fenomena FOMO dan YOLO yang merupakan akronim kepada “Fear of Missing Out” dan “You Only Live Once” telah menjadi “cogan kata” dan gaya hidup masyarakat kini terutamanya generasi muda dalam menjalani kehidupan.

KHAZANAH TUMBUHAN ARBORETUM: NILAI UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Mengimbas kembali memori ketika pulang bercuti di kampung baru-baru ini, seorang jiran menghulurkan satu plastik buah-buahan yang ketara sekali sudah lama tidak dilihat dan dimakan. Namanya tidak lagi dapat disebut apatah lagi rasa dan tekstur buah tersebut juga tidak dapat diingati. Nama buah kiat rupanya semakin hilang di ingatan bagi generasi yang lahir pada 80-an, apatah lagi untuk dikenali oleh generasi muda pada hari ini.

Pandai Sahaja Tidak Cukup, Orang yang Pandai Semakin Ramai

Tahun 2025 dijangka sebagai tahun untuk bergerak pantas dan berlari seiring dengan pekembangan dalam sains dan teknologi. Manusia kini tidak hanya bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan tempat, bahkan terpaksa bersaing pula dengan “kecerdasan buatan.” Realiti ini pahit, namun terpaksa ditelan. Anak-anak muda semakin sukar mendapat pekerjaan yang setara dengan “kepandaian” mereka.