Dari Dominasi kepada Dialog Peradaban dalam Menangani Stereotaip Global Kolonialisma

Wacana antarabangsa hari ini masih tidak terlepas daripada pengaruh naratif dominan yang dibentuk oleh kuasa-kuasa besar dunia, khususnya melalui media Barat. Dunia Islam sering kali digambarkan dalam kerangka stereotaip dan reduksionis, seolah-olah realiti sosioekonomi serta keupayaan negara-negara Islam tidak setara dengan piawaian Barat. Terkini, kenyataan sinis oleh personaliti media Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, mengenai keupayaan ekonomi orang Melayu telah mencetuskan pelbagai reaksi yang kurang enak.