Jangan Pandang Mudah Pada Prosedur Pengesahan Hibah
Tidak dinafikan bahawa pada masa ini semakin ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang memahami konsep dan fungsi hibah sebagai instrumen pewarisan harta. Instrumen hibah merupakan alternatif yang amat berkesan kepada sistem faraid, iaitu sebagai mekanisme yang dapat memindahkan harta yang dimiliki oleh pemilik harta secara mudah tanpa melalui proses faraid dan pentadbiran pusaka.

