Memahami Cukai Menurut Syariat: Antara Beban dan Kewajipan Demi Maslahah Ammah
Dewasa ini, wacana percukaian seringkali terperangkap dalam dilema antara bebanan yang dirasai individu dan kewajipan negara demi kemaslahatan kolektif. Suara-suara di media sosial sehingga di warung kopi membahaskan pelbagai cukai yang dianggap menggugat denyut nadi kehidupan, manakala kerajaan menegaskan bahawa cukai adalah nadi yang menggerakkan jentera pembangunan negara daripada ekonomi dan keselamatan, hinggalah kepada kesihatan, pendidikan dan infrastruktur awam.