Nuzul Al-Quran : Dari Kepompong Gua Hira’ Ke Pembinaan Tamadun Rahmah

Setiap kali tiba bulan Ramadan, umat Islam memperingati peristiwa Nuzul al-Quran yang merupakan detik turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’. Namun peristiwa ini bukan sekadar kenangan sejarah atau ritual tahunan dalam kalendar keagamaan. Nuzul al-Quran sebenarnya menandakan permulaan sebuah perubahan besar dalam sejarah manusia: lahirnya satu peradaban yang dibina atas asas wahyu, ilmu dan nilai kemanusiaan.

DI ANTARA IMAN DAN BUDAYA: MENELUSURI HUKUM NON-MUSLIM MENYEBUT “ALHAMDULILLAH” DAN “INSHAALLAH”

Bayangkan kita kembali ke lorong-lorong berdebu kota Mekah, zaman sebelum syariat Islam disempurnakan sepenuhnya oleh wahyu. Di sana, di tengah kepekatan jahiliyah, kedengaran bait-bait syair yang memuji ketinggian “Allah”. Menariknya, pujian itu bukan dilantunkan oleh seorang Muslim, melainkan oleh seorang penyair tersohor zaman itu iaitu Labid bin Rabi’ah. Dalam satu rangkap syairnya yang masyhur, Labid melafazkan: “Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil (sia-sia)…”

Islam Berkemajuan dan Cabaran Masyarakat Moden

Istilah “Islam Berkemajuan” mungkin kedengaran asing atau sedikit janggal bagi segelintir pihak. Malah, ada yang curiga seolah-olah istilah ini membawa agenda baharu yang terpisah daripada arus perdana Islam. Namun bagi mereka yang menelusuri sejarah gerakan pembaharuan Islam di Nusantara, istilah ini bukanlah sesuatu yang asing bahkan telah lama berakar, khususnya melalui gerakan tajdid seperti Muhammadiyah di Indonesia yang berusaha mengembalikan umat kepada kesucian ajaran Islam, sambil menyesuaikannya dengan tuntutan zaman.

Benteng Akhlak yang Retak: Memulihkan Kembali Maruah di Halaman Sekolah

Sekolah sepatutnya menjadi tempat lahirnya ilmu dan akhlak. Di sinilah anak-anak membina harapan, mengenal diri dan menanam cita-cita. Sekolah ialah rumah kedua yang dipenuhi tawa, semangat dan persahabatan. Namun, keindahan itu kian pudar. Semakin kerap kita mendengar berita tentang pelajar yang menjadi mangsa rogol. Hati siapa yang tidak luluh mendengarnya? Tempat yang sepatutnya mendidik dan melindungi kini dicemari perbuatan zalim yang meragut maruah serta masa depan. Lebih memilukan, perbuatan itu dilakukan oleh pelajar yang masih belum mengerti implikasinya.

Menoktahkan Kemiskinan : Antara Pandangan Pesimis dan Amanah Kepimpinan

Kebelakangan ini, timbul pandangan dalam wacana awam yang melabelkan usaha menoktahkan kemiskinan sebagai sesuatu yang bukan fitrah di dunia. Pandangan seperti ini, walaupun kedengaran realistik, sebenarnya mencerminkan satu sikap pesimis yang amat merugikan. Ini bukan lagi sekadar perbezaan pendapat, tetapi satu isyarat putus asa yang seolah-olah menganggap kemiskinan sebagai takdir yang tidak boleh diubah.

Memahami Cukai Menurut Syariat: Antara Beban dan Kewajipan Demi Maslahah Ammah

Dewasa ini, wacana percukaian seringkali terperangkap dalam dilema antara bebanan yang dirasai individu dan kewajipan negara demi kemaslahatan kolektif. Suara-suara di media sosial sehingga di warung kopi membahaskan pelbagai cukai yang dianggap menggugat denyut nadi kehidupan, manakala kerajaan menegaskan bahawa cukai adalah nadi yang menggerakkan jentera pembangunan negara daripada ekonomi dan keselamatan, hinggalah kepada kesihatan, pendidikan dan infrastruktur awam.