Umat Islam Perlu Bebas Dahulu dari Penjajahan Minda
Penjajahan berterusan bumi Palestin dan kegagalan umat Islam untuk membebaskannya hingga saat ini menunjukkan kepada kelemahan dan perpecahan umat Islam. Lantas timbul persoalan lanjut: kenapa begitu? Bukankah umat Islam semuanya bersaudara? Tidakkah mereka sepatutnya saling bantu-membantu sesama mereka dan bekerjasama membebaskan saudara seagama dari penindasan dan kezaliman?

