Integrasi Nilai Islam dalam Menangani Kos Sara Hidup Dan Dasar Kebajikan

Kenaikan kos sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi antara isu paling dirasai oleh rakyat Malaysia merentas kelas, kaum dan wilayah. Dari harga beras, minyak masak, sewa rumah, bil utiliti hinggalah kos pendidikan dan kesihatan, tekanan ekonomi bukan lagi sekadar angka dalam laporan statistik, tetapi pengalaman harian isi rumah. Di kedai runcit, di pasar, di sekolah, dan di tempat kerja, perbualan tentang “semakin susah” sudah menjadi norma baharu.

Hifz Al-Huwiyyah Dalam Rancangan Pendidikan Negara

Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini adalah satu anjakan paradigma yang mensasarkan pembangunan insan seimbang dan menyeluruh. Ia menghidupkan semula persoalan asas tentang makna pendidikan, iaitu pembinaan insan yang seimbang, berakar-umbikan identiti kebangsaan, dan berupaya memainkan peranan dalam dunia global yang kompleks.