Ilmu Perbandingan Agama: Sumbangan Unik Tamadun Islam kepada Dunia

Konflik antara kaum dan agama selalunya berpunca daripada salah faham terhadap ajaran agama lain, prasangka, fanatik tanpa ilmu dan manipulasi agama untuk kepentingan politik atau sosial. Tambahan pula kehadiran kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan arus globalisasi yang pantas mengundang lambakan maklumat yang palsu atau berat sebelah. Kesannya jika tidak dikawal dapat mengoyakkan fabrik keharmonian dan keamanan masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Kesempurnaan Puasa itu Imsak (Menahan Diri)

Puasa dalam Islam merupakan suatu ibadah yang sarat dengan rahsia dan hikmah. Ia bukan sekadar menahan diri daripada makan, minum dan hubungan suami isteri pada waktu tertentu, tetapi suatu latihan rohani yang menyeluruh berasaskan konsep “imsak”—iaitu menahan diri daripada segala yang merosakkan kesucian zahir dan batin. Mengikut ahli bahasa terkenal Ibn Manzur (m.1312) yang menulis dalam kamusnya yang terkenal “Lisan al-Arab” kalimah “sawm” yang kita terjemahkan sebagai “puasa” membawa maksud “imsak” iaitu di bawah akar kata “m-s-k bermaksud “menahan, memegang, mengawal, atau mengikat.”