Pilihan Raya PBT : Tinjauan Berasaskan Tadbir Urus, Kestabilan Institusi dan Kemaslahatan Awam

Cadangan untuk menghidupkan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sering dibangkitkan dalam wacana awam sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penyertaan rakyat dalam proses pentadbiran. Dari sudut ideal, cadangan ini kelihatan seiring dengan aspirasi pendemokrasian dan penglibatan masyarakat di peringkat akar umbi. Namun, sebagai satu dasar awam, isu ini wajar diteliti secara lebih menyeluruh, bukan sahaja dari sudut prinsip demokrasi, tetapi juga dari sudut keberkesanan tadbir urus, kestabilan institusi dan kemaslahatan masyarakat keseluruhannya.