Global Sumud Flotilla: Dari Bahtera Kemanusiaan ke Kamar Keadilan

Pengalaman penulis sewaktu perlepasan sekitar 80 buah kapal Global Sumud Flotilla 2.0 di Port de la Custa Mall, Bercelona pada 12 April 2026 lalu amat berharga. Selain menyaksikan sidang media dan pelbagai acara yang diadakan pada hari berkenaan, penulis juga diselubungi ketakjuban melihat semangat masyarakat Eropah untuk bangkit memerangi kezaliman dan membela nasib rakyat Palestin umumnya dan Gaza khususnya.