Menangani Isu Hina Agama: Penguatkuasaan Undang-Undang dan Pendidikan Perlu Seiring
Isu penghinaan terhadap agama kembali mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi apabila beberapa kes tular di media sosial mutakhir ini. Umum diketahui bahawa ia bukanlah isu baharu, namun ia bukan isu terpencil. Menurut beberapa laporan, terdapat puluhan tangkapan dan pendakwaan telah dibuat dalam tempoh tahun 2020 hingga 2024. Begitu juga, ratusan laporan polis diterima berhubung isu tersebut.

