Krisis Demokrasi Liberal dan Kesannya Ke atas Dunia Islam

Perkembangan geopolitik terkini menunjukkan idealisme yang selama ini menjadi teras sistem demokrasi semakin hilang pengaruhnya dan bersama dengan itu hegemoni kuasa barat semakin melemah. Genosid Israel ke atas penduduk Gaza, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Eropah membuktikan kemunafikan mereka dan sekaligus menghilangkan kepercayaan umum terhadap apa yang dinamakan ‘hak asasi manusia’, ‘kebebasan’ dan ‘perlindungan terhadap golongan minoriti’.

Tiada Iman Tanpa Yakin

Kebangkitan agama sering dipersalahkan sebagai punca perpecahan masyarakat, polarisasi politik, dan kesulitan untuk berdialog secara rasional. Ramai yang melihat pegangan agama yang kuat—sama ada yang seperti yang diungkapkan oleh seorang tokoh agama, gereja, atau kumpulan ekstremis yang ganas—sebagai punca ketegangan sosial.