Iktibar Kembara Agung ke Langit

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (Al-Isra’: 1) Peristiwa ini diperingati pada setiap 27 Rejab tahun hijrah sekalipun ulama’ berbeza…

Memartabat Para Ilmuan dalam Pemerintahan

Pertembungan cerdik pandai dengan para profesional mahupun birokrat ibarat telur dan mentega dalam adunan kuih. Andai dibiarkan sahaja tidak akan bersatu sebaliknya jika diadun bersama menghasilkan kuih yang sedap lagi mengenyangkan. Begitu juga perihal dalam prospek mengatur masa depan negara. Kemajuan negara tidak boleh dicapai dengan hanya usaha satu pihak akan tetapi memerlukan sokongan kuat…

Realiti Kemasukan Buruh Asing Hari Ini

Artikel ini bukanlah mengenai provokasi terhadap kedatangan warga asing ke Malaysia atas apa-apa tujuan yang baik. Namun artikel ini bertujuan untuk menyingkap realiti yang berlaku di sebalik alasan ekonomi dan pembangunan negara bagi maksud mengalu-alukan atau membenarkan kedatangan mereka tanpa menafikan sumbangan mereka. Salah satu daripadanya ialah kejadian anggota keselamatan negara yang terkorban ketika hendak…

Menghadapi Kesan Penggandaan Kenaikan Kos Sara Hidup

2014 merupakan tahun yang mencabar bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Permulaan tahun dilalui dengan suram oleh sebahagian besar masyarakat akibat kesan kenaikan kos sara hidup yang dilihat begitu membebankan dan berganda-ganda. Ibarat sudah jatuh ditimpa pula tangga. Bukanlah kenaikan keperluan asas yang dikatakan sebagai tidak membebankan itu sahaja yang menjadi rungutan. Namun sebenarnya masyarakat begitu…

Mencapai Matlamat Masyarakat Maju

Kos sara hidup yang tinggi adalah ‘bayaran’ yang mahal kepada pembangunan sesebuah negara yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan dalam pembangunan berlaku apabila kemajuan sesebuah negara yang direncana hanya memberi manfaat kepada segelintir ahli masyarakat yang berkepentingan. Manakala masyarakat lain selebihnya terpaksa hidup dalam satu sistem yang menyokong segelintir masyarakat yang berkepentigan ini. Pembangunan yang tidak seimbang…

Keluarga Teras Kekukuhan Ekonomi Negara

Genap seminggu Bajet 2014 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia di Parlimen. Antara lain bajet kali ini menyentuh perihal rasionalisasi subsidi yang sememangnya menjadi perhatian segenap masyarakat begitu juga isu pengenalan kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Keterangkuman isu-isu yang menjadi perhatian sememangnya banyak menumpu kepada aspek mengukuhkan ketahanan ekonomi negara lantaran keadaan ekonomi global yang…

Syukur Tanda Keamanan di Aidilfitri

Hari raya adalah hari untuk mensyukuri nikmat kemenangan, nikmat berkeluarga, nikmat keamanan dan nikmat berkasih sayang. Justeru takbir dan tahmid dialunkan tanda membesarkan Allah akan segala-gala yang dinikmati. Umat Islam tidak mengira usia, pangkat dan harta saling mengucap selamat, berziarah dan tersenyum gembira. Sesungguhnya umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana berpeluang meraikan hari yang…