Aidilfitri Bersama Muruku, Samfu dan Ketupat

Jika kita bayangkan suasana Hari Raya Aidilfitri, pasti yang terlintas di fikiran ialah kemeriahan saudara-mara yang berkumpul, letupan bunga api dan mercun pelbagai warna dan corak, dendangan lagu-lagu raya oleh selebriti lama mahupun baharu di kaca televisyen dan corong radio, hidangan kuih-muih tradisional dan moden serta peragaan busana baju kurung dan baju Melayu berwarna-warni. Semua unsur ini diambil daripada budaya orang Melayu. Inilah gambaran yang sudah menjadi “imej rasmi” sambutan Aidilfitri di Malaysia.