Menghadapi Kesan Penggandaan Kenaikan Kos Sara Hidup

2014 merupakan tahun yang mencabar bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Permulaan tahun dilalui dengan suram oleh sebahagian besar masyarakat akibat kesan kenaikan kos sara hidup yang dilihat begitu membebankan dan berganda-ganda. Ibarat sudah jatuh ditimpa pula tangga. Bukanlah kenaikan keperluan asas yang dikatakan sebagai tidak membebankan itu sahaja yang menjadi rungutan. Namun sebenarnya masyarakat begitu…

Azam dan Tindakan Perlu Seiring

Pada awal tahun kebanyakan kita masing-masing bertekad mahu melakukan sesuatu yang positif sempena kedatangan tahun baharu.  Pengalaman yang lalu khasnya pada tahun sebelumnya menjadi ukuran untuk membina satu tekad baharu.  Inilah yang dikatakan azam. Azam sebenarya tidak mengira masa dan tempat.  Setiap perkara yang manusia ingin mencapai sebenarnya elok dimulakan dengan satu azam ke arah…

Apabila Akal Tidak Dibimbing Wahyu

Dalam situasi homoseksualiti dan seks bebas merupakan norma sebagaimana yang dapat dilihat dalam masyarakat barat kini, penentangan terhadapnya akan dianggap sebagai sesuatu yang aneh atau salah.  Demikianlah halnya yang berlaku terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Easter, United Kingdom, Sir Paul Coleridge.  Pendirian tegasnya dalam mempertahankan institusi perkahwinan menyebabkan beliau dikecam oleh Lord Chancellor dan Lord Chief…

Buli dan Peranan Ibu Bapa

Buli adalah budaya negatif yang amat membimbangkan sesiapa sahaja. Bukan sahaja kepada individu yang terlibat secara langsung, malah ia juga membimbangkan pihak penjaga atau ibu bapa pelajar, pihak sekolah dan masyarakat awam. Perbuatan yang keji ini boleh mengakibatkan tekanan mental kepada mangsa. Sesetengahnya juga mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius sehingga membawa kematian. Yang amat malang…

Fahami Kesan Obsesi Pembelian dan Penggunaan Dengan Lebih Baik

Jarang sekali kita dapat mengelak daripada membeli. Setiap hari, ada sahaja yang perlu dibeli. Malah ketika ini, kita hidup dalam dunia penggunaan sehingga sudah sampai ke tahap obsesi, iaitu obsesi membeli dan mengguna sehingga melampaui tahap keperluan hidup. Setiap kali membeli, dapatkah kita melihat kesan-kesan daripada pembelian tersebut selain daripada kepuasan memiliki barangan itu? Pasti…

Perubahan Gaya Hidup Elak Berhutang

Firman Allah SWT yang  bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan adalah makhluk yang kufur kepada Tuhan-Nya.” (Surah al-Israa’, ayat 26-27) Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa jangan sesekali membelanjakan harta secara membazir atau boros kepada sesuatu jalan yang tidak membawa faedah…

Transformasi Modul dan Kurikulum Pendidikan Ke Arah Alam Sekitar Lestari

Alam sekitar merupakan anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan manusia dan diciptakan sebagai simbol kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Dari perspektif Islam, alam sekitar adalah berasaskan kepada ajaran tauhid yakni terdapatnya penyatuan atau perhubungan yang erat di antara manusia, alam dan juga Pencipta (Allah SWT). Dalam konteks hubungan ini, semua makhluk yang diciptakan di atas…

Keluarga Teras Kekukuhan Ekonomi Negara

Genap seminggu Bajet 2014 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia di Parlimen. Antara lain bajet kali ini menyentuh perihal rasionalisasi subsidi yang sememangnya menjadi perhatian segenap masyarakat begitu juga isu pengenalan kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Keterangkuman isu-isu yang menjadi perhatian sememangnya banyak menumpu kepada aspek mengukuhkan ketahanan ekonomi negara lantaran keadaan ekonomi global yang…

Beberapa Pengamatan Dari Kemelut Kalimah Allah

Mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah Allah adalah ekslusif untuk Kaum Muslimin, dan kini timbul pula suara-suara sumbang yang tidak berpuas-hati mempertikaikan keputusan hakim. Mahkamah terpaksa membuat keputusan kerana mereka telah diminta untuk membuat keputusan. Walau apa pun alasannya, tiada guna membawa kes ke mahkamah sekiranya keputusan mahkamah tidak mahu diterima, dan pertelagahan tetap mahu diteruskan.…