Ilmuan Islam Perlu Memahami Prinsip-Prinsip Islam Dan Perkembangan Sosio-Ekonomi Semasa
Islam menganjurkan pengabdian manusia sepenuhnya kepada kehendak Allah s.w.t. Manusia dengan itu dimestikan mencorak kehidupan sosio-ekonomi, bermasyarakat dan bernegara mengikut kehendak tauhid. Pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam urusan sosio-ekonomi bertujuan untuk membimbing manusia ke arah mencapai keharmonian dan kecemerlangan bermasyarakat. Tauhid menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi hendaklah mengarah kepada wujudnya suasana al-Adl wal Ihsan (keadilan dan…

