Perisai Ampuh Penangkis Ujian Zaman

Jika diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan.  Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.  Demikianlah juga dengan Malaysia.  Kemerdekaan yang dicapai lebih lima puluh tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa.  Telah sedemikian banyak liku yang dilalui.  Sudah…

Rasa Ingin Tahu Menyemarakkan Dialog Antara Agama

“Bagaimana orang Buddha sembahyang?” “Bagaimana orang Hindu puasa?” “Kenapa orang Islam berpuasa dan bagaimana ia dilaksanakan?” “Bolehkah orang bukan Islam masuk masjid? Kalau tidak, kenapa?” “Apakah sistem kasta berkait dengan agama Hindu?” “Kenapa wanita Islam tidak perlu solat Jumaat?  Tidakkah ini merupakan satu bentuk diskriminasi jantina?” Yang tertera di atas merupakan sebahagian dari soalan yang…

Umat Islam Perlu Bertaubat

Apabila Adam a.s dan isterinya dihalau keluar dari syurga kerana memakan buah larangan, kedua-duanya mengakui kesalahan masing-masing dan menyalahkan diri sendiri terhadap kesalahan yang dilakukan. Mereka tidak menyalahkan iblis kerana merancang komplot yang mendorong mereka melakukan kesalahan itu, dan Adam tidak menyalahkan isterinya kerana menyeretnya ke dalam masalah itu. Sebaliknya, kedua-duanya mengakui bahawa mereka telah…

Merdeka Bagi Seorang Muslim

Bulan Ogos merupakan bulan Kemerdekaan. Pada tahun ini, genap 56 tahun Malaysia merdeka. Jika seorang manusia, usia 56 tahun, bukan satu usia yang muda. Pada usia ini, sewajarnya manusia itu telah memiliki kematangan tertentu untuk mengemudi hidupnya. Begitu juga bagi sebuah negara, pada usia kemerdekaan itu, sepatutnya segala perkara yang berlaku dalam negara ini, boleh…

Hilang Patriotisme, Tercemarlah Kesejahteraan Bangsa

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekeliling menjadikan saya keliru. Kekeliruan itu mematikan hasrat untuk mengajak pembaca supaya bersyukur dengan keamanan dan keselesaan yang dinikmati. Sebelum ini, kita cukup berbangga sebagai masyarakat yang bersifat majmuk dan boleh hidup dengan aman serta semangat setia kawan. Satu demi satu kejadian telah membunuh rasa damai dan masyarakat menjadi…

Ramadan Bulan Rezeki Para Peniaga

Ramadan merupakan bulan limpahan rezeki bagi para peniaga.  Bagi peniaga, bulan ini merupakan bulan rezeki kerana jumlah pendapatan mereka dijangka meningkat berkali-kali ganda sehingga boleh mendapat untung bersih beribu-ribu ringgit dengan hanya sebulan berniaga. Lazimnya pendapatan jualan sepanjang Ramadan memberikan pulangan yang lumayan bahkan turut berbeza daripada jualan pada bulan-bulan biasa.   Disebabkan itu, kehadiran Ramadan…

Jerebu: Bukan Sekadar Musibah Sebaliknya Tersembunyi Hikmah

Serangan jerebu yang melanda Negara sejak tiga minggu lepas seolah-olah mengulangi kembali peristiwa jerebu pada tahun 1997 apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang dicatatkan adalah mencecah 750 dan jarak penglihatan yang tinggal adalah kira-kira 50 meter sahaja. Sebagaimana lazim, punca jerebu pada kali ini juga adalah akibat daripada kebakaran ladang dan hutan yang berlaku…

Hikmah: Satu Sifat Didokong Bukan Dipinggirkan

Individu, kelompok masyarakat masing-masing ingin idea atau kehendak mereka didengari dan seterusnya diperakukan dan dituruti oleh orang lain.  Sebagai contoh seorang bapa sudah tentu ingin anaknya menuruti kehendak beliau.  Sudah tentu sebagai bapa maka banyak perkara yang ingin diberikan kepada si anak.  Maka patuh dan taat dengan kehendak si bapa merupakan satu kelebihan kepada anak…