Pendidikan dan Halatuju Penguasaan Ilmu

Rata-rata di kalangan kita pastinya inginkan kejayaan yang cemerlang terhadap para pelajar kita dalam pelajaran mereka.  Lebih-lebih lagi dalam suasana persaingan yang cukup sengit di era globalisasi kini menuntut penguasaan ilmu yang mantap dan luas yang memungkinkan setiap daripada para pelajar kita mampu menghadapi cabaran ini dengan bekalan ilmu yang cukup mantap dan rapi.  Mungkin kerana cabaran…

Pulihara Ekosistem Marin Atasi Ancaman Kepupusan

Usaha pemuliharaan kerang gergasi yang sedang dijalankan oleh Pusat Kajian Marin Ekologi (MERC) Gayana Eco Resort, Sabah  (seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lepas) perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat agar kesinambungan ekosistem marin terus terpelihara. Usaha tersebut yang merangkumi program penyemaian terumbu karang, penanaman bakau serta pembiakan rumpai laut dan kerang…

Amalan Syura Menghakis Tekanan Di Tempat Kerja

Sudah menjadi lumrah apabila seseorang itu menceburi sesuatu bidang kerjaya ada saja tekanan yang dihadapi.  Tekanan seringkali ditakrifkan sebagai desakan, paksaan, atau keadaan menanggung beban yang amat sukar oleh seseorang. Pelbagai bentuk tekanan yang berlaku misalnya disebabkan oleh kehilangan pekerjaan, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumah tangga, kegagalan dalam hidup dan sebagainya. Impak daripada tekanan ini boleh…

Pengorbanan Umat Islam Wajar Dihormati

Orang Melayu terkenal dengan budi pekertinya yang tinggi, bersopan-santun dan bertimbang-rasa. Sifat yang ada ini bertunaskan ajaran Islam yang mengajar umatnya supaya senantiasa menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun hatinya terasa pahit untuk menerimanya. Dengan erti kata yang lain, memuliakan orang lain merupakan budaya orang Melayu yang diterapkan oleh ajaran Islam bersesuaian dengan sepotong…

Antara Nama dan Hakikat

Artikel ini telah diterbitkan pada 07 Mei 2008 di akhbar Utusan Malaysia Zaman ini adalah zaman orang menuntut hak dan kebebasan. Di sana sini riuh rendah golongan itu dan ini menuntut apa yang didakwa hak mereka, yang mesti diserahkan dan dibebaskan dari belenggu itu dan ini. Salah satu hak yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini ialah…

Isu Penggunaan Kalimah Allah

Artikel ini telah diterbitkan pada 06 Februari 2009 di akhbar Utusan Malaysia Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet…

Kemelut Pemikiran Agama

Artikel ini telah diterbitkan pada 06 Januari 2008 di akhbar Mingguan Malaysia SEWAKTU sampai di pejabat sehari selepas Krismas, saya perhatikan ada satu halaman daripada akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 telah diletakkan di atas meja saya. Ternyata kemudian yang ia adalah satu makalah berjudul “Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan ‘Allah’. Saya mula membaca…

Pemuliharaan Alam Sekitar : Bertindak Sebelum Terlambat

Sidang Iklim Copenhagen di Denmark sudahpun berakhir, namun satu langkah yang kukuh dan mantap untuk memperbaiki alam yang semakin terancam ini masih belum juga muncul.  Tujuan asal persidangan ini ialah untuk mencapai perjanjian baru mengenai pengurangan gas rumah hijau yang dianggap sebagai ancaman utama dunia masa kini selain mengumpul dana untuk bantuan teknologi hijau ke negara-negara…

Pendidikan seks di Amerika Syarikat (AS) gagal?

Baru-baru ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di AS. Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga, gadis di usia 15 – 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain. Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankan kepada seks yang selamat,…

Hubungan Harmoni antara Agama dan Kaum Kunci Kestabilan Negara

Sejarah telah membuktikan bahawa wilayah-wilayah yang diperintah oleh pemerintah Islam di zaman Khulafa ar-Rashidun memberi kebebasan kepada masyarakat bukan Islam menggunapakai undang-undang peribadi mereka. Masyarakat bukan Islam tidak dikenakan zakat tetapi dikenakan cukai yang dinamakan jizyah sebagai jaminan keselamatan dan perlindungan kepada mereka daripada ancaman luar. Menurut Khalifah Ali bin Abu Talib “Kita terima jizyah…