Cabaran Institusi Perkahwinan Hari Ini

Perkahwinan dibina disebabkan pelbagai alasan. Apa pun alasan tersebut, tujuannya adalah untuk mencapai sebahagian daripada kesempurnaan hidup. Perkahwinan yang dibina secara terpaksa, biasanya tidak kekal kerana tiadanya kesediaan untuk bertolak ansur atau saling memberi dan menerima. Apabila pihak-pihak bersetuju untuk membina perkongsian hidup, setiap pihak akan menentukan sejauh mana kesediaan masing-masing untuk berkongsi dan bertasamuh.…

Antara Pemikiran Timur dan Barat

Dalam sejarah kebudayaan, terdapat tiga darjat pemikiran yang bersifat tetap (permanency). Yang pertama berhubung dengan pemikiran perseorangan yang berpaut kepada pengalamannya perseorangan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan pemikiran perseorangan mengalami kekeliruan dan hapus dalam peredaran masa, seperti binasa dan musnahnya diri seseorang. Justeru itu, darjat pertama tadi kurang kekal berbanding dengan darjat kedua yang berhubung dengan…

Jaminan Makanan Untuk Keselamatan Negara

Di dalam Surah al-Anfal ayat ke-60, Allah memperingatkan kaum Muslimin supaya sentiasa bersiap sedia dengan segala bentuk kekuatan ketenteraan bagi menghadapi ancaman musuh. Matlamat akhir arahan ini bukan untuk menegaskan bahawa agama Islam suka akan peperangan. Sebaliknya ia lebih kepada arahan berusaha untuk menimbulkan rasa kegerunan di hati pihak musuh yang mungkin memulakan melancarkan tindakan kekerasan ke…

Berhibur, Berhibur, Berhibur Sehingga ke Majlis Ilmu pun Mahu Terhibur

“Rakyat Malaysia suka berhibur. Semua rancangan hiburan akan ditonton walaupun ianya tidak menghiburkan.” Inilah maklumbalas seorang teman bila penulis menyuarakan bahawa terbitkanlah apa sahaja rancangan hiburan di Malaysia ini, pasti akan ada yang meminatinya. Mungkin ada benarnya pengamatan teman ini. Semua rancangan hiburan yang diterbit dan disiarkan di televisyen akan mendapat sambutan walaupun kadangkala kita…

Antara Nama dan Hakikat

Zaman ini adalah zaman orang menuntut hak dan kebebasan. Di sana sini riuh rendah golongan itu dan ini menuntut apa yang didakwa hak mereka, yang mesti diserahkan dan dibebaskan dari belenggu itu dan ini. Salah satu hak yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini ialah apa yang dikatakan hak orang Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada…

Islam dan Budaya Kerja

Sepertimana tahun-tahun yang lalu, 1 Mei disambut di seluruh dunia sebagai Hari Buruh Sedunia, dan tidak terkecuali Malaysia yang turut meraikannya saban tahun. Di Malaysia sambutan Hari Pekerja ini boleh diertikan hanya sebagai hari cuti umum untuk para pekerja di samping beberapa aktiviti yang berkaitan dengan tuntutan hak-hak pekerja. Suatu ketika dahulu para pekerja hanyalah…

Fatwa Perlu Bagi Masalah Kahwin Lari

Istilah ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah. Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu…

Rasuah Dan Babi : Tanggapan Berbeza Tetapi Hukum Tetap Sama

Sehari dua ini haiwan babi mendapat perhatian yang meluas daripada masyarakat berikutan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan haiwan tersebut di Sepang yang membabitkan pelaburan RM100 juta. Sama dengan kes ternakan babi di Paya Mengkuang, pelbagai pihak memberi maklum balas masing-masing temasuklah ahli politik. Apa yang jelas, kebanyakan mereka menyatakan kekesalan atas kelulusan yang dibuat…

Janji Jangan Sebarang Janji

Semua orang pernah berjanji tetapi tidak semua akan mengotakan janjinya.  Pemerhatian masyarakat Melayu silam akan sikap masyarakat yang tidak mengotakan janji ini membawa kepada peribahasa “Menanam tebu di tepi bibir”.  Ia merujuk kepada mereka yang menjanjikan pelbagai perkara manis tetapi kemudian memungkirinya.   Agama Islam amat tegas dalam perkara penunaian janji.  Dalam ayat 34, Surah al-Isra’ misalnya, umat…