Islam, Akal, dan Bahasa

Akar-umbi Islam ialah akal dan bahasa, dan pengislaman sebagai suatu daya usaha secara sedar ke arah memenuhi tuntutan Islam yang hakiki, pada dasarnya merujuk kepada pengislaman akal dan bahasa. Seorang Muslim sejati mestilah berfikir secara Islam, yakni dia berfikir dalam suatu kerangka pemikiran yang dipancarkan oleh agama Islam. Pandangan hidupnya adalah merupakan suatu jalinan bermakna…

Anak Tidak Syar’i: Di Mana Kedudukannya?

Kebejatan akhlak dan pergaulan tanpa kawalan sesetengah ahli masyarakat boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang buruk, tidak diingini dan bertentangan dengan norma masyarakat. Dan antara kesan buruk daripada perlakuan salah ini ialah kelahiran anak luar nikah atau yang boleh diistilahkan sebagai ‘anak tidak syar’i’. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam mentakrifkan anak luar nikah sebagai anak yang dilahirkan…

Islam Hadhari Pendekatan Siasah

Sepintas lalu saya ditanya mengenai pendekatan Islam Hadhari, dan diminta menjelaskan pendekatan tersebut agar ianya membawa kepada faham yang bermakna. Ada pihak yang menyifatkan pendekatan tersebut sebagai merupakan pendekatan agama tanpa menghuraikan dengan jelas dan nyata unsur-unsur mahupun dalil-dalil yang membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Adakah pendekatan ini memenuhi syarat-syarat pentakrifan? Bagaimanakah pendekatan ini harus ditakrifkan?…

Mengubah Minda Melayu

Sesungguhnya, kita percaya bahawa Negara Malaysia sedang berusaha mencari pendekatan yang serba baru, dan bahawa Negara ini dibawah kepimpinan Perdana Menteri berusaha mencari mereka yang serba berani dan berkebolehan melahirkan buah fikiran yang bernas yang mampu membawa kepada faham yang bermakna. Perdana Menteri sendiri pernah berkata bahawa masa untuk bertindak telahpun sampai. Sebelum kita bercakap…

Jenayah Seksual: Kanak-Kanak Wajib Dididik Untuk Elak Jadi Mangsa

Dalam mendidik anak-anak, satu perkara penting yang ditekankan oleh ibubapa ialah keselamatan diri. Lazimnya, ibubapa akan berpesan kepada anak-anak supaya tidak bermain api agar tidak terbakar tangan. Begitu juga, ibubapa sentiasa berpesan agar anak-anak berhati-hati ketika melintas jalan agar tidak dilanggar kereta. Pesanan seumpama ini bertujuan untuk mengelakkan anak-anak tadi dari bahaya-bahaya fizikal. Bagaimana dengan…

Muhammad Bin Abdullah S.A.W.: Perintis Kecemerlangan Insan Dan Ummah Terbilang

Beliau merupakan manusia luar biasa yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Beliau berdakwah, menyebarkan agama, mengasaskan sebuah negara, membina sebuah bangsa, menyempurnakan akhlak manusia, memulakan pembaharuan sosio-politik dan  membina masyarakat yang dinamik dan benar-benar kuat bagi mengamal  sekali gus sebagai penterjemahan kepada ajaran Baginda SAW. Baginda berjaya menyempurnakan semua perkara yang mengkagumkan ini hanya dengan…

Memahami Takrif Ilmu

Berkenaan makalah “Meeting to sort out creation poser” (The Sun, 14hb Disember 2006), berikut dikemukakan beberapa ulasan yang perlu diberi perhatian. Makalah tersebut melaporkan rasa kurang senang individu-individu tertentu terhadap Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menerbit dan menggunakan-untuk kurikulum sains Tahun Lima-buku teks baru yang mengandungi ayat “semua benda hidup adalah…

Masyarakat Tak Reti Bahasa

Fatwa yang dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Mufti Perlis yang mengharamkan saudara baru dibinkan Abdullah telah menimbulkan berbagai-bagai maklumbalas. Bantahan-bantahan yang dikemukakan umumnya lari dari persoalan sebenar, bersifat peribadi, menurut perasaan, jauh sekali bersandarkan kepada hujah ilmiah. Ia mengingatkan kita kepada frasa “tak reti bahasa”, yang digunakan bagi merujuk kepada seseorang yang tidak faham apa yang…

Memahami Hakikat Kajian Kemasyarakatan

Baru-baru ini, satu kajian yang menyentuh kemerosotan nilai akhlak remaja perempuan telah dijalankan. Hasil kajian ini menimbulkan tindakbalas yang berbeza-beza. Ada yang menerima dan mengakuinya. Anehnya, ada juga yang ‘terasa hati’ dan menganggap hasil kajian ini mempunyai kelemahan. Bagi penulis, kajian ini dan hasilnya bukanlah satu masalah. Apa-apa kajian yang dijalankan, tidak kira bagaimana kaedah…

Muhasabah Umat Ini

Pernah suatu ketika dahulu seorang tokoh tersohor di rantau Asia Tenggara ini yang juga merupakan negarawan ulung Indonesia, iaitu Bapak Muhammad Nasir mengemukan pandangan bahawa salah satu antara gejala yang membawa kepada kelemahan yang menghambat kebangkitan umat Islam ialah ketiadaan atau kurangnya daya cipta di kalangan umat Islam itu sendiri.  Apa yang diungkapkan oleh beliau sebagai…