Kejadian Alam dan Peringatan Kepada Manusia

Sesungguhnya di dalam al-Quran, manusia telah beberapa kali diperingatkan untuk tidak melakukan kerosakan ke atas muka bumi kerana perbuatan itu dibenci Allah SWT dan hanya merugikan manusia. Dan kini, kerapkali kita terbaca pelbagai laporan dan berita tentang kejadian pemanasan bumi sejagat dan kesan kejadian ini kepada kehidupan manusia. Menurut laporan Inter-government Panel on Climate Change…

Kebijaksanaan Dalam Penghakiman

Tidak dinafikan bahawa kehakiman merupakan sesuatu yang sangat penting dalam pembangunan perundangan sekalipun undang-undang tersebut telah mengandungi peruntukan-peruntukannya yang tersendiri yang menjadi panduan kepada sebarang penghakiman. Di dalam Turuq al-Hukmiyyah, ibn al-Qayyim menegaskan bahawa hakim seharusnya memiliki pengetahuan yang tinggi dan memahami ‘untuk membezakan apa yang boleh dipercayai daripada si penipu, dan kejujuran daripada pemalsu’.…

Membina Generasi Pewaris Yang Bertaraf Tinggi

Di saat kita mengharungi pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahshat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada generasi muda masa kini. Menyedia dan mencorakkan daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman Islam yang betul adalah satu keperluan yang mesti…

Kuasai Ilmu Demi Mencipta Semula Kegemilangan Dunia Islam

Percayakah jika dikatakan bahawa satu negara yang kecil dari segi saiz dan bilangan penduduknya, mampu menakluk negara yang lebih besar (dari segi saiz dan bilangan penduduknya) atau menakluk dunia sekalipun? Dalam situasi dunia kini, hal ini berkemungkinan kelihatan mustahil. Pertamanya, penjajahan bukanlah satu fenomena biasa kini dan keduanya, negara yang kecil dijangkakan tidak mempunyai cukup…

Orang Kurang Upaya (OKU): Minoriti Yang Wajib Diberi Perhatian

Baru-baru ini sekumpulan OKU telah berkempen untuk menyatakan hakikat hidup yang mereka alami. Sesungguhnya, kehidupan mereka yang telahpun tercabar akibat kekurangan yang mereka miliki, menjadi lebih sukar bila pengangkutan awam di negara ini tidak mesra OKU. Bukan itu sahaja, malah pengguna-pengguna lain perkhidmatan tersebut yang sempurna anggotanya juga tidak mesra OKU.  Dari segi perangkaannya, dianggarkan…

Biadab Terhadap al-Qur’an

Perbuatan menjadikan ayat-ayat al-Qur’an sebagai nada dering (ring tone) telefon bimbit adalah perbuatan biadab yang mencemar kesucian kalam Allah. Perbuatan yang sudah agak berleluasa ini kelihatannya mendapat restu dari sesetengah pihak yang diamanahkan menjaga hal-ehwal Islam di negara ini, yang melihatnya sebagai suatu amalan yang baik dan patut digalakkan. Ini satu lagi contoh di mana…

Peluang Memperkenalkan Islam Melalui Pelancongan

Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM2007) bakal tiba tidak lama lagi. Pelbagai usaha memperkenalkan TMM2007 ini telah dijalankan kerajaan Malaysia sejak setahun lalu. Dalam masa yang sama pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang dirasakan perlu untuk menambah nilai Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan yang hebat telah turut dibangunkan.  Usaha ini dikira wajar kerana industri pelancongan merupakan industri…

Paradoks Perpaduan Ummah

Musim haji sekali lagi menghimbau kaum Muslimin mengenai soal perpaduan ummah, yang harus dinilai dengan mendalam dari dua jurusan. Pertama, perpaduan luaran yang terjelma sebagai kerukunan muafakat bergotong-royong memperteguh susunan sosio-politik negara demi kepentingan bersama.  Kedua, perpaduan yang jauh lebih asasi, adalah kesatuan dalaman yang terzahir sebagai perpautan kejiwaan dan kerohanian. Iaitu, perpaduan cita-cita, pengertian,…

Ke Arah Membentuk Generasi Wanita Bermartabat

Wanita di sisi Islam sangat beruntung kerana Islam telah mengangkat martabat wanita sejak ia diturunkan melalui Rasulullah SAW. Diskriminasi, penganiayaan dan pengabaian dihapuskan dan diganti dengan pengiktirafan terhadap fungsi wanita dalam semua sistem kemanusiaan. Dari pembina rumah tangga semata-mata sehinggalah kepada usahawan, sarjana ataupun anggota keselamatan dan pertahanan negara. Sikap dan tindakan Baginda Rasulullah SAW…

Dunia Islam dan Kegersangan Ilmu

Hari ini 13 November 2006, penulis terbaca satu maqalah tulisan Riaz Hassan, seorang professor daripada Universiti Flinders, Australia. Maqalah di dalam akhbar berbahasa Inggeris tempatan itu di tempatkan di dalam satu ruang (column) yang kecil tetapi cukup menarik perhatian penulis. Bukan sahaja perhatian, maqalah tersebut turut menimbulkan banyak persoalan di hati penulis. Artikel bertajuk “Today’s…