Hari Kelepasan Itu Ibadah

Sesungguhnya bekerja keras dan mencari pendapatan itu suatu perkara yang sangat dituntut agama. Rasulullah s.a.w bersabda dengan antara maksudnya, “Bekerjalah kamu dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu seolah-olahnya kamu akan mati esok hari”. Setiap minggu kita akan bercuti selama dua hari sama ada Sabtu dan Ahad, atau Jumaat dan Sabtu bagi sesetengah negeri,…

Antara Ucapan dengan Pegangan

Kalaulah dengan mengucapkan “selamat menyambut deepavali” seseorang itu menjadi Hindu tentulah yang mengucapkan “selamat hari raya” menjadi Muslim! Semudah itukah kata-kata yang dilafazkan menukar hakikat seseorang? Persoalan ini tidak boleh dibicarakan secara semberono atau oleh orang yang bukan ahlinya. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dan mengeruhkan keadaan. Kata-kata yang dilafazkan, seperti juga perbuatan, tertakluk kepada niat…

Memberi Makna Baru Kepada Sambutan Aidilfitri

Umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tiga hari sahaja lagi.  Selepas diuji selama sebulan dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaran itu memang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Hari Raya Aidilfitri kerap kali juga disebut sebagai hari kemenangan umat Islam. Kemenangan di sini membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau…

Keluarga Banduan : Terhukum Di Luar Penjara

Minggu lalu kita menyaksikan dua orang banduan dibebaskan setelah mendapat pengampunan dari DYMM Sultan Kedah.  Betapa mereka bersyukur dengan pembebasan tersebut dan mereka kini kembali ke pangkuan keluarga. Sehingga 4 September 2006, terdapat sejumlah 34,813 banduan di 28 buah penjara di seluruh negara.  Setiap banduan ini pastinya meninggalkan keluarga masing-masing di luar penjara, baik keluarga ‘orientasi’ (keluarga…

Semangat Misbah Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan dianggap sebagai satu sekolah yang mengajar umat Islam untuk mendisiplinkan diri dan suatu  persediaan jihad al-Nafsyang berterusan bagi kebebasan diri dan agama yang diyakini. Kaum Muslimin berjihad untuk membebaskan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya daripada musuh-musuh Islam yang nyata pada zahir dan sebarang belenggu perhambaan hawa nafsu. Di bulan Ramadan yang berkat ini mungkin…

Menyanggah Sekularisme

Tidaklah mengejutkan apabila jawapan balas kepada artikel saya (Debunking Multiculturalism, The Star, 22.8.06) datang dari seorang ahli teologi Kristian, Ng Kam Weng, dari Kairos Research Centre. Dan tiada apa yang mengejutkan bagi seorang ahli teologi Kristian masa kini mempertahankan sekularisme. Ia hanya mengingatkan kita kepada nama-nama seperti Harvey Cox, Paul Tillich, Karl Barth, Reinhold Niebuhr,…

Malaysia Dan Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam Sekitar

Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan satu bentuk pembangunan yang ingin dicapai mana-mana negara di dunia ini. Namun, bercakap lebih mudah daripada melakukannya. Hingga kini pembangunan sering mendapat keutamaan dan alam sekitar terus-terusan menjadi mangsa pembangunan. Begitu ramai pengkaji yang menyetujui bahawa pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar sukar bergerak seiringan. Jika begitu, pembangunan tanpa menjejaskan…

Bajet 2007: Menguntungkan Wanita Demi Kelangsungan Bangsa

Belanjawan 2007 mengenengahkan tiga peruntukan khusus untuk wanita iaitu: (i) peningkatan jumlah bantuan khas yang diberi kepada NGO untuk melaksanakan program wanita; (ii) peningkatan jumlah geran pelancaran bagi penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di kementerian dan jabatan kerajaan;  dan (iii) subsidi RM50 untuk wanita menjalani ujian saringan mammogram. Tiga peruntukan ini mungkin kecil dari segi bilangannya.  Namun, ia…

Penagihan Dadah Memusnahkan Kemerdekaan

Penyalahgunaan dadah adalah perbuatan keji di sisi Allah SWT kerana ia menyebabkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri penagih, malah juga kepada keluarga, masyarakat dan juga  negara. Penagihan dadah menyebabkan penagih tidak dapat menjalani kehidupan yang biasa kerana gejala ‘tarikan’ yang kuat, mudah untuk menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya dan mengalami masalah terhadap tubuh badan yang dalam…

Ilmu Penjana Pembangunan

Kini, di saat kita berbicara mengenai pembangunan manusia kita akan menjadi bingung buat seketika kerana semakin rancak pembangunan fizikal yang dirancang dan dilaksanakan maka semakin rancak pula keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku.  Namakan saja jenis keruntuhan tersebut semuanya ada dalam pembangunan masa kini.  Bermula daripada institusi kekeluargaan yang kucar-kacir hinggalah kepada tandusnya akhlak yang mulia, runtuhnya pemikiran…