Mengurus Perbezaan Pandangan Dengan Adab, Bukan Emosi
Perkembangan teknologi komunikasi telah mengubah cara manusia berinteraksi. Dunia hari ini telah menjadi sebuah desa buana (global village) yang menjadikan sempadan geografi tidak lagi menghalang penyebaran maklumat dan pertukaran pandangan. Namun malangnya, ledakan maklumat dan perkembangan teknologi yang pantas tidak sentiasa disertai dengan adab dan kematangan dalam berkomunikasi.

