Wanita di Lautan Perjuangan: Menggugat Stereotaip, Menyulam Harapan

Kita menyaksikan dengan penuh rasa syukur dan bangga apabila para wanita Muslimah turut menyertai misi kemanusiaan Sumud Flotila ke Palestin menonjolkan sifat keberanian serta membawa satu mesej yang besar bahawa Islam bukan sekadar agama ritual, tetapi agama yang menuntut pembelaan terhadap keadilan dan kemanusiaan ini muncul persoalan hukum: bolehkah wanita bermusafir tanpa mahram untuk tujuan seumpama ini?

Lindungi Tasik Kita Demi Masa Depan Hijau

Kemerosotan berterusan terhadap suatu sumber air seperti tasik boleh membawa kepada malapetaka besar kepada para penduduk di sesebuah kawasan yang sudahpun terbeban dengan perubahan iklim, pertambahan penduduk dan peningkatan kos sara hidup. Namun demikian, sekiranya tasik dilindungi, sumber air ini berpotensi menjadi pemacu ekonomi dan mampu mewujudkan pekerjaan bagi menyokong ekonomi sara diri, serta menjamin masa depan kawasan penempatan yang terletak di sekitarnya. Justeru itu, situasi penyusutan paras air baru-baru ini yang dilaporkan di Bukit Merah amat merisaukan.

Krisis Demokrasi Liberal dan Kesannya Ke atas Dunia Islam

Perkembangan geopolitik terkini menunjukkan idealisme yang selama ini menjadi teras sistem demokrasi semakin hilang pengaruhnya dan bersama dengan itu hegemoni kuasa barat semakin melemah. Genosid Israel ke atas penduduk Gaza, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Eropah membuktikan kemunafikan mereka dan sekaligus menghilangkan kepercayaan umum terhadap apa yang dinamakan ‘hak asasi manusia’, ‘kebebasan’ dan ‘perlindungan terhadap golongan minoriti’.

COP30 Di Amazon : Malaysia Suara Negara Membangun

Dalam tempoh kurang 100 hari dari sekarang, seramai 195 wakil negara bersama para pemerhati antarabangsa akan berhimpun di Belém, sebuah bandar pelabuhan di Brazil yang menjadi pintu masuk ke kawasan Hutan Hujan Amazon, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP30). Pemilihan Belém dianggap amat bertepatan kerana ia menzahirkan simbolik keperluan mempergiatkan tindakan iklim demi memulihara ekosistem sensitif Hutan Hujan Amazon yang digelar “Paru-paru Dunia”. Peristiwa ini juga mengimbau sejarah tahun 1992 apabila Brazil menjadi tuan rumah Persidangan Alam Sekitar Dunia ECO-92 di Rio de Janeiro yang telah meletakkan asas kepada tadbir urus iklim global dan lahirnya sidang kemuncak ini.

Suburkan ‘Ihsan’ Dalam Kalangan Pelajar Untuk Elak Buli

Gejala buli dalam kalangan pelajar samada pada peringkat pengajian tinggi (IPT) bahkan sejak pada sekolah lagi, kini menjadi isu sosial yang semakin meruncing dan membimbangkan. Jika tidak ditangani ia akan menjadi barah yang merebak dan sukar dikawal apabila ia menjadi norma kebiasaan pelajar masa kini. Membimbangkan apabila ia bukan sekadar melibatkan penderaan fizikal, atau mental, emosi, dan siber sahaja, bahkan ada ketikanya sampai ke peringkat membunuh. Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, masalah ini tetap berulang kerana akar umbinya tidak ditangani secara menyeluruh. Dalam Islam, salah satu pendekatan mendalam untuk mencegah perlakuan negatif seperti buli adalah dengan menanamkan kesedaran bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT.

Pengampunan Anwar Sah, Kukuh dan Berpaksikan Perlembagaan

Pada 16 Mei 2018, negara menyaksikan satu detik bersejarah apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim melangkah keluar dari penjara sebagai seorang insan bebas dengan pengampunan penuh. Peristiwa ini bukan sekadar pembebasan seorang individu; ia adalah manifestasi sebuah proses peruntukan perlembagaan yang kompleks, yang mengesahkan semula kelayakan beliau untuk bertanding menjadi ahli Dewan Rakyat dan akhirnya membuka laluan untuknya ke Pejabat Perdana Menteri.

Standard Halal Kekal Teguh Dalam Rundingan Global

Isu pensijilan halal bukan sekadar persoalan teknikal dalam perdagangan atau piawaian produk, tetapi merupakan satu dimensi utama dalam identiti negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bermasyarakat majmuk. Paling penting, dalam konteks semasa, pensijilan halal adalah lambang kepada nilai agama Islam bagi menyatakan bahawa sesuatu perkara itu sah dan sesuai untuk digunakan, dimakan, dibuat, atau diamalkan tanpa menyalahi aturan agama.

Menoktahkan Kemiskinan : Antara Pandangan Pesimis dan Amanah Kepimpinan

Kebelakangan ini, timbul pandangan dalam wacana awam yang melabelkan usaha menoktahkan kemiskinan sebagai sesuatu yang bukan fitrah di dunia. Pandangan seperti ini, walaupun kedengaran realistik, sebenarnya mencerminkan satu sikap pesimis yang amat merugikan. Ini bukan lagi sekadar perbezaan pendapat, tetapi satu isyarat putus asa yang seolah-olah menganggap kemiskinan sebagai takdir yang tidak boleh diubah.