Jodoh Lebaran: Fitrah Insani vs Tekanan Sosial di Aidilfitri
Tidak lengkap sambutan Aidilfitri tanpa alunan lagu raya yang melatari suasana kemeriahan ketika berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara. Seawal penghujung Ramadan, ketika masyarakat sibuk membuat persiapan menyambut lebaran, daripada membeli pakaian baharu hinggalah menyediakan juadah, lagu-lagu raya mula berkumandang, menambahkan lagi seri suasana perayaan.

