Pengampunan Anwar Sah, Kukuh dan Berpaksikan Perlembagaan

Pada 16 Mei 2018, negara menyaksikan satu detik bersejarah apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim melangkah keluar dari penjara sebagai seorang insan bebas dengan pengampunan penuh. Peristiwa ini bukan sekadar pembebasan seorang individu; ia adalah manifestasi sebuah proses peruntukan perlembagaan yang kompleks, yang mengesahkan semula kelayakan beliau untuk bertanding menjadi ahli Dewan Rakyat dan akhirnya membuka laluan untuknya ke Pejabat Perdana Menteri.

Standard Halal Kekal Teguh Dalam Rundingan Global

Isu pensijilan halal bukan sekadar persoalan teknikal dalam perdagangan atau piawaian produk, tetapi merupakan satu dimensi utama dalam identiti negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bermasyarakat majmuk. Paling penting, dalam konteks semasa, pensijilan halal adalah lambang kepada nilai agama Islam bagi menyatakan bahawa sesuatu perkara itu sah dan sesuai untuk digunakan, dimakan, dibuat, atau diamalkan tanpa menyalahi aturan agama.

Menoktahkan Kemiskinan : Antara Pandangan Pesimis dan Amanah Kepimpinan

Kebelakangan ini, timbul pandangan dalam wacana awam yang melabelkan usaha menoktahkan kemiskinan sebagai sesuatu yang bukan fitrah di dunia. Pandangan seperti ini, walaupun kedengaran realistik, sebenarnya mencerminkan satu sikap pesimis yang amat merugikan. Ini bukan lagi sekadar perbezaan pendapat, tetapi satu isyarat putus asa yang seolah-olah menganggap kemiskinan sebagai takdir yang tidak boleh diubah.

Kemalangan di Pusat Asuhan : Tanda Lemahnya Sistem Perlindungan Kanak-kanak

Kes kecederaan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan kematian seorang bayi lelaki di pusat asuhan yang sama di Melaka baru-baru ini sekali lagi meresahkan para ibu bapa yang terpaksa meletakkan anak-anak mereka di pusat asuhan. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kes berkaitan keselamatan kanak-kanak. Melaka sahaja merekodkan 306 kes penderaan kanak-kanak pada 2023, berbanding hanya 86 kes pada tahun sebelumnya. Sehingga Ogos 2024, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menerima lebih 2,000 laporan penderaan kanak-kanak secara nasional. Malah, beberapa kes kematian akibat kecuaian, termasuk ditinggalkan dalam kenderaan, turut direkodkan.

Faham Yang Benar Asas Keluarga Bahagia

Imam al-Ghazali dalam karyanya Kimiya’ al-Sa‘adah menyebut bahawa “Rumah tangga itu merupakan sebuah institusi agama, justeru perlu disantuni menurut panduan agama.” Apabila panduan agama mula diabaikan dan disempitkan kepada ritual semata, maka institusi asas ini sudah lagi tidak berdaya mewujudkan ketenangan dan kebahagiaan malah ini mendorong ahli rumah tangga mula mencari alternatif lain. Budaya healing atau penyembuhan diri merupakan fenomena yang semakin mendapat perhatian masyarakat umum. Impak budaya ini akhirnya mula menular ke banyak aspek seperti penerbitan buku, penghasilan kandungan di media sosial termasuklah penganjuran program bersifat motivasi.

Acah Hijau : Ketidakjujuran Di Sebalik Elemen ‘Hijau’

Dalam era peningkatan kesedaran alam sekitar kini, istilah “hijau,” “mesra alam,” “lestari,” “bebas bahan kimia” atau “alami” laris digunakan terutamanya untuk mencipta persepsi positif terhadap sesuatu produk, perkhidmatan atau jenama, mengikat kepercayaan dan kesetiaan pengguna serta mewujudkan tanggapan tentang mutu produk yang tinggi. Pengguna pula mudah berasa puas dan selamat apabila menggunakan produk yang diyakini…

Living Well, Living Long : Why Health Starts With You

According to the latest data from the Department of Statistics Malaysia (DoSM), the current average life expectancy for Malaysians, regardless of ethnic group is 75.2 years. The life expectancy for males is 73 years, while females can expect to live longer, averaging 77.8 years. Such numbers are not alarming, but they do suggest for greater consideration of the connection between longevity and quality of life, especially in terms of health. Undoubtedly, technological advancement in medical field have played a crucial part in elevating the life expectancy as they continue to progress.