Pendidikan Islam Asas Pembentukan Akhlak Mulia Remaja

Kepentingan ilmu dalam kehidupan adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menjadikan masyarakat kita masyarakat yang berilmu dan berinformasi. Bagi orang Islam, terutamanya para remaja yang bakal mengisi kepimpinan negara masa depan, jenis ilmu yang wajar dipelajari adalah yang mampu membentuk satu pandangan hidup yang sempurna, progresif dan dinamik. Maka…

Buli Tidak Selaras Dengan Pendekatan Islam Hadhari

Pada Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Terbaru, peristiwa yang sama berulang. Walaupun kali ini tidak melibatkan kehilangan nyawa, tetapi mangsa dikhuatiri mengalami kemungkinan lumpuh akibat dibelasah, dihentak ke almari dipijak belakang dengan but kadet polis oleh sekumpulan…

Hijrah dan Penghayatan

Peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke kota Madinah merupakan peristiwa yang sangat penting kepada umat Islam seluruh dunia, dan peristiwa ini sering diperingati pada setiap tahun. Selama 13 tahun Rasullulah menjalankan usaha dakwahnya di Mekah, menyeru kaum kafir Quraish supaya beriman dengannya, namun usaha ini hanya diterima oleh segelintir kecil sahaja…

United Nations Needs Empowerment to Avoid International ANARCHY

Instead of talking the language of negotiation and focusing on implementing the frameworks of agreements in North Korea, Iraq, Iran and Israel-Palestine, the US government has opted for politics of confrontation and has demanded “regime change”. On both the diplomatic and military fronts, the Bush administration has crouched its newly aggressive unilateralism and disregard for International Laws and cooperation in the…

Iman dan Akhlak : Asas Peradaban Insan

“Sesungguhnya aset dan kekayaan yang paling bernilai bagi sesebuah negara atau bangsa bukanlah emas dan perak mahupun hasil-mahsulnya tetapi yang bernilai dan berharga itulah manusia”.Demikianlah yang dilafazkan oleh Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradawi dalam ucapannya kepada golongan belia dalam kunjungannya ke Malaysia suatu ketika dahulu.Jika pandangan beliau ini dapat ditafsirkan dengan lebih lanjut, ia boleh memberi maksud bahawa…

Mendidik Generasi Pencinta Alam

Pandangan Islam terhadap alam sekitar adalah berasaskan kepada wahyu al-Quran dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Beberapa ayat al-Quran mengenengahkan perhubungan erat antara manusia dan alam ini, serta Penciptanya. Tiada pengasingan antara manusia, alam sekitar dan Allah s.w.t. Perkara in diterangkan dalam ayat 126 dari Surah An-Nisa’ yang bermaksud, “Kepunyaan Allah jua apa-apa yang di langit dan…

Membudayakan Sains Dan Teknologi

Hubungan antara Islam dan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Sains wujud daripada…

Pengklonan Manusia : Jangan Terlalu Cepat Menghukum

Dunia sains digemparkan lagi pada tahun ini. Selepas kejayaan ahli embriologi dari Scotland, Ian Wilmut menghasilkan kambing biri-biri Dolly melalui kaedah pengklonan pada tahun lalu (Nature 385, m.s. 810-813, 1997), seorang penyelidik pasca-kedoktoran di Universiti Hawaii, Amerika Syarikat, Teruhiko Wakayama, mengulangi kejayaan ini dengan mengklon dua puluh dua ekor mencit yang merentasi tiga generasi (TIME,…

Teknologi Maklumat Vs Keupayaan Umat?

Perkembangan mutakhir abad ke-20 ini jelas memperlihatkan kepada kita perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat. Pengaruhnya dalam kehidupan seharian begitu dirasai lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat dan efisien. Adalah tidak mustahil pengaruh dan penguasaan ini akan berterusan untuk satu jangkamasa yang agak panjang. Fenomena semasa juga turut…