Daging Kultur : Alternatif Makanan Masa Depan, Halal atau Tidak?

Dunia kini berhadapan dengan cabaran besar dalam menjamin bekalan makanan yang mampan untuk generasi akan datang. Pertambahan populasi, krisis perubahan iklim dan kekangan sumber menjadikan manusia mencari alternatif kepada kaedah penternakan tradisional yang sedia ada. Salah satu inovasi bioteknologi yang sedang mendapat perhatian masa kini ialah daging kultur iaitu daging yang dihasilkan dalam makmal daripada sel haiwan yang dibiakkan dalam keadaan terkawal dengan menggunakan medium dan nutrien tertentu. Teknologi ini akan membentuk tisu yang menyerupai daging sebenar. Kehadirannya mengundang pelbagai persoalan yang bukan sahaja dari sudut sains dan alam sekitar tetapi juga dari perspektif agama Islam yang menitikberatkan halal dan haram dalam pemakanan.

Pupuk Perpaduan Rakyat Melalui Membudayakan Minat Membaca

Budaya membaca merupakan amalan murni yang sewajarnya dijadikan amalan setiap masa. Ciri-ciri negara maju ialah negara yang rakyatnya kuat membaca dan kadar literasi yang tinggi. Dalam ajaran Islam, surah yang pertama diturunkan ialah Surah al-‘Alaq yang kalimah pertamanya ialah “Bacalah! oleh-Mu (Wahai Muhammad)”. Ia sekaligus menggambarkan bahawa ajaran Islam adalah ajaran yang berpaksikan ilmu dan menggalakkan pembacaan. Hakikat ini diakui sendiri hatta oleh para orientalis Barat seperti Franz Rosenthal dalam bukunya “Knowledge Triumphant”.

Hotter days, Stronger Laws: The Push for Climate Action

Walking around the vicinity of the Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) in Bukit Tunku, Kuala Lumpur, one cannot help but notice the towering old trees that offer a welcome respite from the city’s heat. Their shade provides not only physical comfort but also a gentle reminder of the harmony that can exist between nature and human activity. Strolling beneath the trees turns what might otherwise be an arduous walk into a reflective experience that enriches the surrounding atmosphere. In much the same way, IKIM as a national think-tank seeks to provide an intellectual and spiritual refuge, where knowledge and values rooted in Islam engage meaningfully with the challenges of contemporary life.

Kecacatan Tersembunyi Rumah Baharu: Amanah Yang Wajar Dipelihara

Memiliki rumah sendiri adalah antara pencapaian terbesar dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja simbol kejayaan, malah satu keperluan asas bagi membina keluarga dan meneruskan kehidupan yang stabil. Namun, kegembiraan memiliki rumah baharu sering kali dicemari oleh isu kecacatan binaan, terutamanya kecacatan tersembunyi (latent defect) yang hanya dikesan selepas penghuni mula mendiami rumah tersebut.

Hargai Nikmat Bernegara

Bait-bait puisi ini bukan sekadar meluahkan rasa rindu seorang anak kepada keluarga, tetapi juga simbol kerinduan rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka. Kunci rumah lama merupakan metafora bagi tanah kelahiran yang tidak lagi dapat dijejaki. Hak untuk kembali ke tanah air dinafikan oleh rejim Zionis Israel melalui penguatkuasaan Undang-Undang Kewarganegaraan 1951 meskipun hak berkenaan dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 serta Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR) 1966. Oleh yang demikian, rakyat Palestin, generasi demi generasi,menjadi pelarian di bumi asing, sementara tanah air mereka terus dijajah serta dijarah.

Wanita di Lautan Perjuangan: Menggugat Stereotaip, Menyulam Harapan

Kita menyaksikan dengan penuh rasa syukur dan bangga apabila para wanita Muslimah turut menyertai misi kemanusiaan Sumud Flotila ke Palestin menonjolkan sifat keberanian serta membawa satu mesej yang besar bahawa Islam bukan sekadar agama ritual, tetapi agama yang menuntut pembelaan terhadap keadilan dan kemanusiaan ini muncul persoalan hukum: bolehkah wanita bermusafir tanpa mahram untuk tujuan seumpama ini?

Lindungi Tasik Kita Demi Masa Depan Hijau

Kemerosotan berterusan terhadap suatu sumber air seperti tasik boleh membawa kepada malapetaka besar kepada para penduduk di sesebuah kawasan yang sudahpun terbeban dengan perubahan iklim, pertambahan penduduk dan peningkatan kos sara hidup. Namun demikian, sekiranya tasik dilindungi, sumber air ini berpotensi menjadi pemacu ekonomi dan mampu mewujudkan pekerjaan bagi menyokong ekonomi sara diri, serta menjamin masa depan kawasan penempatan yang terletak di sekitarnya. Justeru itu, situasi penyusutan paras air baru-baru ini yang dilaporkan di Bukit Merah amat merisaukan.