Dakwaan Halal-Haram Di Internet: Justifikasinya Di Sisi Islam

Bagi pengguna komputer yang biasa menggunakan perkhidmatan e-mel, penerimaan berita yang di ‘forward’ dari seseorang individu kepada seorang individu yang lain adalah sesuatu yang lumrah. Berita-berita atau cerita-cerita yang dikirim tentulah sangat menarik perhatian. Bersifat sensasi atau mungkin lucu, lucah, gempar, menyedihkan, mengkagumkan, berbentuk peringatan, tragedi dan sebagainya. Apa yang ingin penulis utarakan di sini…

Poligami? Kontroversi Lagi!

Sejak Perlis Indera Kayangan mewar-warkan keterbukaannya dalam soal amalan poligami, isu ini terus menjadi suatu perkara yang begitu kontroversi dan seakan tiada penghujungnya. Walau bagaimanapun, pada pengamatan penulis keadaan kontroversi ini masih mengundang kesan yang positif dan yang nyata, masyarakat menjadi semakin berilmu apabila poligami ini dibincangkan. Tidak kiralah sama ada ia dibincangkan melalui perspektif…

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas

Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai ‘al-wilayah’, yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan. Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem dualisme, maka dengan adanya bidang kuasa ini secara dasarnya…

Pembangunan Ummah dan Cabaran Masakini

Di tengah-tengah perkembangan pesat dan keghairahan terhadap pembangunan sekarang, samada sedar atau tidak, manusia sedang menghadapi dua pilihan yang sangat penting. Samada mampu mempertahankan status manusia sebagai manusia yang mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah, atau mencemarkan nama baik kemanusiaannya itu kepada penghambaan kepada pembangunan. Bagi pilihan pertama, manusia itu hidup sebagai pemegang amanah Allah…

Islam dan Kemodenan

Salah satu fenomena yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia ialah dominannya kesan dan pengaruh kemodenan yang dicetuskan oleh kebudayaan barat. Konsep kemodenan yang dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan dalam segala bidang, khususnya dalam bidang ekonomi serta sains dan teknologi, telah mengelabui mata hampir seluruh umat manusia di dunia, tidak terkecuali umat Islam. Sesiapa…

Islam dan Pembangunan Manusia Kontemporari

Kesedaran manusia untuk kembali hidup di bawah sistem Islam sangat dirasai kebelakangan ini dan usaha ke arah itu dapat dilihat dan didengar di mana-mana. “Kebangkitan ini begitu dominan sekali dan mempunyai kekuatannya tersendiri seperti satu aliran air yang deras yang menenggelamkan sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.” Kesedaran ini lahir setelah manusia gagal merobah kehidupan mereka…

Membangunkan Ekonomi Melalui Kekuatan Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan mempunyai kuasa yang luar biasa. Jika anda menguasainya, anda akan menduduki satu taraf yang sangat mulia. Jika gagal, maka hinalah pula kedudukan anda. Umar r.a. pernah berkata, “Wahai manusia, kamu wajib menuntut ilmu. Sesungguhnya Allah memiliki selendang kemuliaan. Barang siapa mencari satu bab ilmu sahaja, nescaya Allah akan membalutnya dengan selendang kebesaran-Nya” Kekuatan…

Menjana Minda Qurani

Sebagaimana modenisasi itu di anggap sebagai satu proses pembangunan yang bersepadu, proses membangunkan kembali Islam juga adalah satu proses pembangunan yang bersepadu. Bagaimanapun, arah, kualiti, kaedah dan pendekatan yang menggerakkan pembangunan kedua-duanya adalah berbeza. Bermula daripada kebangkitan yang menggerakkannya, sehinggalah ke arah yang dituju dan kesudahannya juga adalah berbeza. Latarbelakang kebangkitan Islam dan kebangkitan pemodenan…

Keikhlasan dan Kebajikan

Samada disedari atau tidak ramai diantara kita tertipu dengan amalannya sendiri, kerana di antara kebanyakan amal kebajikan yang dilakukan berapa sangat yang disertai dengan niat yang ikhlas. Fenomena ini adalah realiti yang sering berlaku di dalam masyarakat, malah sudah menjadi sebati dan menjadi amalan harian bagi sesetengah orang. Ada yang menghulurkan derma dengan mengharapkan pulangan…