Tangani Normalisasi Gaya Hidup Songsang Berasaskan Ketegasan Prinsip
Sepanjang beberapa dekad kebelakangan ini, dunia menyaksikan peningkatan ketara usaha menormalisasikan gaya hidup songsang seperti LGBTQ. Apa yang dahulunya dianggap bertentangan dengan agama, budaya, dan fitrah manusia kini dipersembahkan sebagai sebahagian daripada “hak asasi”, “kebebasan individu”, dan “kepelbagaian” yang kononnya perlu diterima tanpa sebarang pertikaian. Perubahan ini tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya digerakkan melalui strategi jangka panjang yang tersusun rapi.

