Guru Cemerlang Pendidikan Islam
ISBN : 9789832718413
TAHUN TERBITAN : 2016
PENERBIT : PENERBIT IKIM
Buku ini mengandungi perbahasan tentang pelbagai isu yang melibatkan guru dan pendidikan terutama dalam Pendidikan Islam. Antaranya ialah persediaan yang harus ada kepada guru-guru terutama dalam menghadapi cabaran semasa. Cabaran yang dihadapi adalah pelbagai; dari segi pemikiran, ia datang dalam bentuk kefahaman luar yang mengganggu-gugat kefahaman dan pandangan alam Islam yang telah dijamin dalam Falsafah pendidikan Islam; dari segi nilai, ia datang dalam bentuk keruntuhan akhlak dan perubahan nilai-nilai kehidupan yang telah menggugat fabrik masyarakat Islam negara ini; dari segi pendekatan, ia datang dalam bentuk cabaran teknologi dan kehidupan digital yang harus ditangani oleh guru-guru pendidikan Islam. Seterusnya buku ini juga membicarakan tentang peranan penting yang harus dimainkan oleh para guru khususnya guru pendidikan Islam dalam menghadapi suasana semasa yang mencabar