IKIM & Alam Sekitar
ISBN : 9789832718499
Terbitan : 2017
Penerbit : Penerbit IKIM
Buku “IKIM & Alam Sekitar: 25 Tahun Menghijau Minda” adalah mengenai sumbangan IKIM dalam memberi kefahaman Islam dan kesedaran kepada masyarakat tentang aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia diterbitkan sempena sambutan ulang tahun penubuhan IKIM yang ke-25 pada tahun 2017. Buku ini mendokumentasikan semua aktiviti dan penglibatan IKIM dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan alam sekitar dari tahun 1992 sehingga 2016 dalam usaha memberi kefahaman Islam kepada segenap lapisan masyarakat.