ISLAM DAN NEUROSAINS ISU DAN CABARAN
ISBN : 9789832718451
TERBITAN : 2016
PENERBIT : PENERBIT IKIM
Neurosains ialah bidang yang sedang berkembang pesat yang membawa pelbagai isu dan cabaran yang memerlukan pewacanaan daripada perspektif Islam. Perkembangan neurosains merentas disiplin ilmu dan melibatkan banyak pihak yang berkepentingan. Atas sebab ini, umat Islam tidak mampu sekadar menjadi penumpang atau pengguna tanpa terlibat dalam proses memberikan input terhadap isu dan cabaran yang timbul. Dampak neurosains mencakupi perkara-perkara seperti kesihatan (terutamanya kesihatan mental dan emosi), kehidupan, kematian, keupayaan berfikir dan falsafah minda. Semua perkara ini merupakan perkara yang amat dititikberatkan oleh Islam. Buku Islam dan Neurosains: Beberapa Isu dan Cabaran ini merupakan satu penerokaan awal terhadap dampak yang dibawa oleh neurosains yang dikupas menurut perspektif Islam.