• Tender / Quotation
  • Malay
  • English
ikimikim
Contact Us
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Operating Hours
Mon - Fri 08:00 - 17:30
Email
[email protected]
  • MAIN
  • CORPORATE INFO
    • CORPORATE INFO
    • Chairman’s Message
      • Chairman’s Message
      • Chairman’s Office
    • Basic Information
      • Basic Information
      • Introduction & The Establishment
      • Objective & Quality Policy
      • Functions, Vision, Mission & Shared Values
      • Client’s Charter
      • Logo
      • Organisation Chart
      • Function Chart
      • Academic Officer CV
      • Profile in Trust Academic Officer
    • Board of Directors
    • Top Management
      • Top Management
      • Director-General’s Office
    • Senior Management
    • Director-General’s Office
      • Director-General’s Office
      • Editorial Unit
      • Corporate Relations Unit
      • Library Unit
      • IKIM Press
      • Programmes & Training Unit
      • Research Management Unit
    • Academic
      • Academic
      • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
      • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
      • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
    • Financial Management & Investments Division
    • Management Services
      • Management Services
      • Director’s Office (BKP)
      • Administration and Procurement Unit
      • Innovation & Quality Unit
      • Technical and Infrastructure Unit
      • Information and Communication Technology Unit
      • Human Capital Unit (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Broadcast Engineering Unit
      • Digital Technology Unit
    • tvIKIM
    • Economy and Marketing Division
      • Economy and Marketing Division
      • Economic Development & Credit Control Unit
      • Marketing & Promotion Unit
    • Recruitment
  • PRODUCT & SERVICES
    • PRODUCT & SERVICES
    • Programmes
    • Publisher & Production
      • Publisher & Production
      • Book Catalogue
      • Publications IKIM
      • Audio & Video Product
      • Special Collection on Ethics
    • Consulting
      • Consulting
      • Academic Officer Expert Service
    • Advertisement @ Radio IKIM
    • Advertisement @ TVIKIM
    • Advertisement @ Digital Platform
    • Event Management
  • MEDIA
    • MEDIA
    • List of Authors
    • Article List
      • Article List
      • Web Article
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • Utusan Malaysia
      • The Star
      • New Straits Times
    • Bulletin
      • Bulletin
      • e-Bulletin
      • Monthly Bulletin
    • Text
    • Media Statement
    • Download
    • Video
      • Video
      • Corporate Video
      • Video tvIKIM
  • CONTACT
    • CONTACT
      • Detail Contact

        Address :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        Phone :

        +60 3-6204 6200

        Email :

        [email protected]

    Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)
    • MAIN
    • CORPORATE INFO
      • CORPORATE INFO
      • Chairman’s Message
        • Chairman’s Message
        • Chairman’s Office
      • Basic Information
        • Basic Information
        • Introduction & The Establishment
        • Objective & Quality Policy
        • Functions, Vision, Mission & Shared Values
        • Client’s Charter
        • Logo
        • Organisation Chart
        • Function Chart
        • Academic Officer CV
        • Profile in Trust Academic Officer
      • Board of Directors
      • Top Management
        • Top Management
        • Director-General’s Office
      • Senior Management
      • Director-General’s Office
        • Director-General’s Office
        • Editorial Unit
        • Corporate Relations Unit
        • Library Unit
        • IKIM Press
        • Programmes & Training Unit
        • Research Management Unit
      • Academic
        • Academic
        • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
        • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
        • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
      • Financial Management & Investments Division
      • Management Services
        • Management Services
        • Director’s Office (BKP)
        • Administration and Procurement Unit
        • Innovation & Quality Unit
        • Technical and Infrastructure Unit
        • Information and Communication Technology Unit
        • Human Capital Unit (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Broadcast Engineering Unit
        • Digital Technology Unit
      • tvIKIM
      • Economy and Marketing Division
        • Economy and Marketing Division
        • Economic Development & Credit Control Unit
        • Marketing & Promotion Unit
      • Recruitment
    • PRODUCT & SERVICES
      • PRODUCT & SERVICES
      • Programmes
      • Publisher & Production
        • Publisher & Production
        • Book Catalogue
        • Publications IKIM
        • Audio & Video Product
        • Special Collection on Ethics
      • Consulting
        • Consulting
        • Academic Officer Expert Service
      • Advertisement @ Radio IKIM
      • Advertisement @ TVIKIM
      • Advertisement @ Digital Platform
      • Event Management
    • MEDIA
      • MEDIA
      • List of Authors
      • Article List
        • Article List
        • Web Article
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • Utusan Malaysia
        • The Star
        • New Straits Times
      • Bulletin
        • Bulletin
        • e-Bulletin
        • Monthly Bulletin
      • Text
      • Media Statement
      • Download
      • Video
        • Video
        • Corporate Video
        • Video tvIKIM
    • CONTACT
      • CONTACT
        • Detail Contact

          Address :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          Phone :

          +60 3-6204 6200

          Email :

          [email protected]

      Berita Harian

      Masa Hadapan Pekerjaan Era Digital

      • Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen B Shaikh Mohd Salleh
      • 31/01/2023

      Sepanjang sejarah revolusi perindustrian, telah berlaku banyak lonjakan kemahiran yang ketara sebagai tindak balas kepada perkembangan pesat teknologi. Secara amnya, revolusi perindustrian mencetuskan peningkatan keperluan tenaga buruh berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.

      Di beberapa negara Eropah dan juga Amerika Syarikat, pertumbuhan keperluan kepada pekerjaan berasaskan sains maklumat dan teknologi berkomputer dilihat berlaku dengan mendadak manakala jumlah pekerjaan berkemahiran rendah didapati semakin menurun.

                  Dewasa ini, dunia sedang menyaksikan peningkatan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) digunakan dalam banyak sektor pekerjaan. Perkara ini sedang berlaku sama ada disedari atau tidak.

                  Perbahasan tentang aplikasi ChatGPT misalnya menyerlahkan realiti bahawa dunia kini sedang beralih dengan pantas ke era pendigitalan. ChatGPT dilihat sebagai satu bentuk teknologi penggugat yang akan mengubah cara kerja yang berkaitan penulisan artikel dan penyediaan laporan.

                  Malah, tidak mustahil sekiranya aplikasi chatbot seperti ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI dan Claude yang dibangunkan oleh Anthropic mempunyai kapasiti yang lebih maju, ia mampu mengeluarkan pandangan hukum fiqh berdasarkan rujukan kepada kitab-kitab fiqh mahupun penghakiman undang-undang berdasarkan rujukan kepada rekod penghakiman!

      Pada waktu ini, kita mungkin belum dapat melihat kesan ketara penggunaan AI ke atas sektor pekerjaan. Namun, bukan suatu perkara yang di luar logik akal untuk menjangkakan bahawa pekerja manusia perlu membangunkan dan menguasai kemahiran aras tinggi disebabkan persaingan dengan perkembangan pesat aplikasi teknologi khususnya yang berasaskan AI, automasi dan robot.

                  Hakikatnya, kebimbangan bahawa pekerja manusia akan kehilangan pekerjaan dan diambil alih oleh AI, automasi dan robot bukanlah sesuatu yang tidak berasas. Perkara yang pasti ialah teknologi bakal memberikan dampak yang besar kepada masa hadapan pekerjaan.

                  Menurut satu dapatan kajian di United Kingdom, sebanyak 7.4 peratus pekerja berhadapan dengan risiko tinggi digantikan oleh AI, automasi dan robot. Penggunaan teknologi canggih ini menyebabkan sesetengah bentuk pekerjaan hanya memerlukan input pekerja manusia yang amat minimum.

      Sesetengah pengkaji menggunakan istilah “pekerja digital” bagi merujuk kepada pekerja yang berasaskan AI, automasi dan robot yang diprogramkan untuk menjalankan bentuk pekerjaan tertentu. Secara idealnya, pekerja digital yang diprogramkan mampu membantu manusia mencapai satu-satu sasaran pekerjaan yang ditetapkan dengan lebih cekap dan mampan.

      Perkembangan teknologi yang pesat menyaksikan perkara ini sudah berlaku dalam beberapa sektor pekerjaan seperti perakaunan, perkeranian dan penulisan. Pekerja digital mampu menyelaraskan kerja mengikut prosedur yang diprogramkan, dan dalam keadaan ini, pekerja manusia mempunyai ruang untuk memberikan tumpuan kepada tugasan lain.

      Manfaat utama yang diperoleh majikan ialah peningkatan produktiviti dan penurunan kos buruh. Pekerja digital yang berasaskan AI, automasi dan robot tidak perlu berehat dan boleh digunakan untuk bekerja sepanjang masa. Pada waktu yang sama, pekerja digital dilihat lebih cekap, cepat, selamat dan tidak terdedah kepada unsur kecuaian.

      Bagaimanapun, manfaat yang diperoleh majikan ini boleh memberikan dampak negatif kepada pekerja, apatah lagi jika ia menyebabkan kehilangan pekerjaan. Dengan kata lain, wujud risiko “pengangguran teknologi” yang jelas, iaitu pekerjaan manusia yang diganti oleh teknologi.

      Risiko pengangguran teknologi ini memerlukan agar masa hadapan pekerja manusia dan tempat kerja difikirkan dengan teliti. Antaranya termasuklah halangan yang perlu diatasi disebabkan tidak semua pihak yang akan beroleh manfaat daripada trend pekerja digital.

      Selain itu, dasar pekerjaan sedia ada perlu dilihat semula untuk menangani perkembangan pekerja digital ini dengan memastikan pengangguran teknologi tidak menjadi masalah besar pada masa akan datang. Pekerja juga perlu membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk beralih kepada pekerjaan berkemahiran aras tinggi yang berasaskan pengetahuan bagi menyediakan diri ke arah era pekerja digital yang sebenarnya sudah bermula.

      Dalam konteks Malaysia, Dasar 4IR Kebangsaan meletakkan sasaran untuk mentransformasikan 20 peratus pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana kepada pekerjaan berkemahiran tinggi yang akan berperanan dalam industri-industri yang berkaitan dengan Revolusi Industri Keempat (4IR). Usaha ini perlu dilakukan dengan tersusun dan serius sebagai langkah mengatasi ancaman pengangguran teknologi.

      Sememangnya arus perubahan yang dibawa oleh teknologi penggugat berasaskan AI, automasi dan robot dilihat memberikan ancaman kepada pekerjaan masa hadapan. Bagi umat Islam, seharusnya kita mengambil iktibar daripada sejarah. Suatu masa dahulu, umat Islam yang memperkenalkan pelbagai bentuk teknologi dan inovasi yang membawa kepada perubahan dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti pertanian dan pembinaan.

      Misalnya, alat yang boleh bergerak sendiri (dalam istilah moden, automaton) atau dalam bahasa Arab, al-alat al-mutaharrikah bi dhatiha,dicipta oleh orang Islam untuk membantu kerja pembinaan. Inovasi teknologi seperti ini telah melonjakkan tamadun Islam ke satu aras kemajuan yang belum pernah disaksikan dalam sejarah peradaban manusia.

      Apabila kita melangkah masuk ke dalam era digital hari ini, sewajarnya umat Islam mempunyai kesedaran tinggi untuk kembali menguasai ilmu pengetahuan dan menjadi pembangun teknologi. Hal ini penting bagi memastikan agar umat Islam tidak semata-mata menjadi pengguna teknologi, sebaliknya mampu membangunkan teknologi yang memberikan manfaat kepada kehidupan di dunia ini. Pendigitalan yang berlaku dalam sektor pekerjaan menuntut umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk mempertingkatkan diri menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Sekiranya perkara ini gagal dilaksanakan, maka kita akan terus ketinggalan dan berhadapan dengan senario pengangguran teknologi yang parah.

      Share

      Search Article

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – IKIM JOURNAL
      • LIBRARY
      • RECRUITMENT
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • FAQ
      • TENDER & QUOTATION

      FEATURED HADITH

      Allah's Messenger (ﷺ) said, "Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind."

      (Sahih al-Bukhari)

      STAFF @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      OFFICIAL LINKS

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR CODE

      DISCLAIMER

      Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) is not liable for any loss or damage that caused by the usage of any information obtained from this website.

      INFORMATION

      • Privacy Policy
      • Frequently Asked Questions

      logo ikim edit shadow smallCopyright © 2023 Institute of Islamic Understanding Malaysia. All Rights Reserved.

      • Main Main
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter